Semalam pergi klinik akibat dari batuk-batuk berkemungkinan besar jangkit dari Rayyan Adam. So far tak suka dengan penyakit batuk sebab melibatkan sakit dada seterusnya sakit tekak.
Sekali lagi doktor nak offer mc saya dengan bangganya kata tak nak. Hahaha.... For the 1st time kali ni cek tekanan darah adalah rendah. Hish dah tua rupanya aku ni. Maybe penat kot sebab minggu ni stret berulang-alik dari Equine Park ke Puncak Alam.
Tekanan darah rendah ni mungkin datangnya dari keturunan kot. Sebabnya arwah abah meninggal disebabkan tekanan darah rendah yang sekali gus terus pitam dan meragut nyawa abah. Dan rasanya Kak Ana pun selalu je berpinar bijik mata. Wallahualam.
Dan akibat dari mencuba ubat yang memang 50% rasanya memang pasti saya alergik, kaki saya dah mula membengkak. Hanya dengan sebijik ubat sahaja.
Sejak saya melahirkan Rayyan Adam setahun enam bulan yang lalu, saya mula alah degan ubat yang bernama antibiotik. Kejadian ni berlaku sejak dari itu lah. Sejak dari itu, apa jenis penyakit yang dibekalkan ubat antibiotik akan terjadilah kaki yang membengkak dan mengenyam ni dan beberapa bahagian badan yang lain. Tapi paling ketara kat kaki ni lah.
So, semalam terjadi lagi. Doktor kata try antibiotik ni dulu. Hmmm hampeh. Tempoh membaik pulih kaki yang bengkak dan gatal ni, adalah selama 4-5 hari. Hanya kerana sebijik ubat. Sebelum ni memang saya dah tak makan apa jenis antibiotik pun. Sebab takut la jadi macam ni. Tapi disebabkan doktor kata try. So, doktor tak semua betul kan.
Bila dah selalu jadi macam ni, alhamdulilah saya sabar dengan panyakit ni. Benda ni akan jadi tak sabar masa tidur. Mengenyam dia ya Allah. Hanya Tuhan je yang tahu. Petang ni nak pergi lagi klinik nak report hal antibiotik semalam. Sekali arung nak minta ubat tahan gatal. Mengenyam wooo..
Sebab musabab dia memang tak diketahui. Bila bengkak ni hilang dan tak gatal, yang tinggal hanya bekas hitam tu je. Buruk kan. Tak pe. Yang penting saya tahu saya sihat sudah lah. Cuma saya takut masa tua saya berisiko terkena kencing manis memandangkan sejarah emak kan. Apa pun saya kena jaga kesihatan dari sekarang.
p/s : Macam mana nak jaga kesihatan kalau saya bukan penggemar buah-buahan dan tak suka minum air banyak-banyak tak kira air masak or air manis. Boleh senak perut ni. Serius memang tak suka.
2 comments:
mcm eh..kalo alergik ubt..leh lmbam cm tu skali eh..
nazz : haah. makan ubat pun salah
Post a Comment