LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 18, 2011

Perkembangan Mak

Ok now nak cerita perkembangan mak. So far mak sihat. Tapi still kena pergi cuci luka 2 hari sekali kat klinik. Doktor masih tak bagi cuci sendiri di rumah dikhuatiri jangkitan kuman.




Luka mak cantik. Daging baru dah tumbuh. Luka pun tak busuk. Cuma mak masih belum boleh jalan dalam keadaan yang lama. Sebabnya susah nak menapak. Tapi yang paling mak degil bila dia dukung Rayyan Adam. Soal pantang makan or makan ubat mak patuh pulak. Si kecik tu pun dok lanyak je nenek dia ni.




Hari tu nampak mak angkat beg baju dia. Saya cakap kat mak lain kali angkat lah air 1 baldi. Mak gelak. Then saya cakap, pandai masa jaga orang sakit dalam pantang banyak pulak syarat dia. Tang dia, dia larung jek. Bentan karang baru tahu. Mak gelak lagi. Hish degilllll!!!!





Last week baru 1st time saya hantar mak pergi cuci kat klinik. Before ni memang Kak Ana je yang hantar. Kak Ana siap suruh saya tengok betul-betul luka mak masa doktor buka balutan luka tu. Mula-mula takut. Uwaaaa!!! Takut. Tapi sebab nak amik gambar punya pasal, hilang je takut tu. Dapat snap sikit-sikit jek sebab tak nak ganggu doktor sangat. Dengan si kecik tu memanjat kerusi lagi. Tak kuasa nak layan.






Takut tak tengok. Hahhahaha. Ni belum cuci lagi la. Lepas cuci cantik je. Lepas tu masa cuci ni ada kulit mati. Doktor kikis. Tapi bleeding pulak. Terus stop sebab takut kuman.



Doktor semua ok. Maknanya setiap soalan saya dengan Kak Ana dia jawab dengan elok. Kan ada sesetengah doktor kerek yang amat. So, far klinik ni mak kata dah 4 orang doktor yang cuci luka mak. Semuanya pun ok. Doktor, ampun ye. Gambar awak masuk blog saya. Hahahahhaha

2 comments:

Mak Su said...

:)

senang2kanlah hati mak, selagi ada nyawa di badan :)

mak maksu dah tak dak.... :(

~aSFaLiZa~ said...

maksu : tu la yg As cuba sedaya boleh yg terbaik buat mak