LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 19, 2011

Tak Dapat Lah Beraya Rumah Baru

Sedikit kecewa. Semalam call pemaju tanya status rumah bila dapat kuncinya. Sebabnya masa sain smp katanya maybe boleh kasi kunci dalam Mac 2011. So, ni kan dah Mac. Saya nak jugak tahu apa perkembangannya. Ikutkan memang dah meroyan jek sebab selalu lah pergi jengah rumah tu tengok apa yang dah siap, apa yang belum siap.




Then pemaju kata now tengah nak siap kan jalan je. CF pun belum dapat lagi. Hmmm memang pun. Sebab saya tengok rumah memang boleh dikatakan dah siap. So, bila dia kata nak siap kan jalan dan CF belum dapat lagi, saya tanya lah bila saya boleh dapat kunci rumah. 




Jawapannya ialah pertengahan tahun. Pertengahan tahun ialah bulan 6. Puasa ialah bulan 7. Raya ialah bulan 8. So???? Memang tahun ni still beraya rumah sewa ni lagi la kot.




Ikutkan tak kisah pun nak pindah bila. Tapi bila memikirkan raya kat rumah kecik ni. Kalau orang datang. Bersimpang siur jadiknya rumah ni. Tak apa lah. Malas lah nak fikir. Yang penting boleh simpan duit lagi berguni-guni.

3 comments:

gee ryder said...

selalunya mmg camtu as..janji sekian2 tapi sampai masa xsiap jugak lagi...umah akak dulu pun camtu..bengkek jek tapi kena sabor jela...jgn tergendala sudah...

~aSFaLiZa~ said...

kak gee : hahahha.. benkek hati yg tak mo dgr tu. hope tak tergendala sbb fasa 1 dh masuk. as pya fasa 2

mzhany said...

beb, ko nak renovate byk ker? maybe sempat kot beraya umah baru...positif siot aku nih...hehe

sabo weh, InsyaALLAH...semua ok tuh....ameen