LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 5, 2011

Jangan Sombong

Alkisahnya saya ni berasal dari Johor. Kawen pulak dapat orang Melaka. Katanya isteri mithali. Kena lah ikut di mana suami menetap. Walaupun bekerja kat Selangor ni tapi masa saya memang banyak dihabiskan kat Melaka bila cuti.



So, dah namanya perantau. Mana-mana kenalan ke sedara mara ke yang duduk kat Melaka. Kita calling-calling la kan. Yup. Memang saya akan contact sesiapa yang saya kenal yang duduk kat Melaka. Ye lah. Kita ni bukan penduduk tetap negeri tu. Kenalah pandai-pandai nak bina hidup. Nak cari kawan baru bukannya semudah yang disangka. So, continue je lah hubungan yang memang sudah sedia terjalin.



Hahahaha. Nak dijadikan cerita. Adalah sorang sahabat sekolah dulu. Dengar khabar kawen dengan orang Melaka. So, saya ni dengan tak malunya pun mesej la kan. Bla bla bla bla cakap, wah lepas ni berjiran lah kita ye. 



Sentap hati akak bila dia reply OK je. OK je tau. Lain-lain perkataan tak de. Tak de pun seexcited saya ni yang suka ada kawan nak duduk Melaka. Punyalah panjang akak taip mesej. Dia jawab OK. Ok fine. Maybe dia tak nak kawan dengan saya. Dia dah ramai kawan kat Melaka. Saya je yang sedar diri sebagai perantau.



Actly, saya ni kalau tahu ada kawan yang duduk Melaka, saya ada gak lah mesej-mesej walaupun sebenarnya bukan rapat mana pun. Paling koman, raya saya ada free saya pergilah beraya rumah dia. Dia tak jemput pun saya calling cakap, eh beb aku nak datang beraya rumah kau ni. Ye lah. Nak eratkan silaturahim orang kata.



Maknanya hidup ni jangan sombong sangat. Jangan sombong tak bertempat.


6 comments:

apek said...

jgn risau.. org melaka semua tak sombong maaa.. kalau sombong tu bukan org melaka la tu.. ntah sumatera barat ke hapa ntah

~aSFaLiZa~ said...

apek : org melaka mmg baik la

fazilzura said...

as..zr ni jenis suke jln2 kalau cuti.. mmg x mask kl ler.. huby mmg jnis suke gitu.. kalau cuti2 ker klau buhsan2 ker, kdng2 smp ke melaka tau , balik hari lg...
leh je nak contect2, kut2 leh geht smbil makan asam pedas...yum yummmm

~aSFaLiZa~ said...

zura : no hal la pya. kalau masing2 free. on je. nak2 kitorg mmg dh tahu mana asam pedas tip top. sedara mara dtg pun kitorg mmg bawa g makan asam pedas. takat kl-melaka dekat je. balik hari org kata. hahhaha

mzhany said...

a'ah jgn sombong beb. memang dah ada family suami isteri anak, tp hidup ni bukan itu je kite kena fikir, hubungan sesama sedara, rakan taulan ni kena gak fikir, tu tak fikir sedara sesama islam lagik kan.

ada masanya nnti kita akan perlukan org2 sekeliling kita utk membantu, time tu baru la thau susahnye hidup tak berkawan tak berbaik dgn org nih.

~aSFaLiZa~ said...

hany : BETUL. aku sokong 100% bab kalau susah nak minta tlg nti