LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dec 22, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah Peminat Cerita Melayu Tegar

Harap maaf sebab tajuk terlalu panjang sebab tajuk cerita pun dah panjang. Jujurnya saya ni peminat cerita Melayu tegar tau. Tapi kalau kat tv tu bukan takat cerita Melayu, cerita Cina (Isnin-Jumaat pukul 6 petang), cerita hindustan, cerita tamil pun aku layan tau. Even dah tak de cerita sangat, layan jugak lah dokuntari ke, dunia jam 10 ke.



Ok, back to story. Suami promote lah kan cerita Hantu Kak Limah ni kat kawan-kawan dia. Pung pang pung pang kata cerita ni best. Lawak gila lah bagai la. Untuk pengetahuan suami saya ni bukan kaki tv macam saya. Dia tak tahu pun perkembangan artis or drama or pasal hiburan ni. Tak kira la hiburan Malaysia ke, luar negara ke. Dia cuma kenal yang popular-popular je. So, bila dia tengok Kak Limah ni dia boleh jadi kenal la kan siapa yang berlakon. So, nampak la kan betapa pengaruh Kak Limah kat sini.



Then, feedback kawan dia - aku tak minat la cerita Melayu.



Wah!!! Sentap makcik dengar. Sombong seh. Kau tak tengok lagi, kau dah cakap macam tu. Beb jangan la lupa daratan. Ye aku tahu ada jugak cerita Melayu yang merapu or mengarut. Contoh macam cerita 2 Alam yang orang dok pukul canang tu. Ha yang tu boleh la kalau kau nak komen sebagai aku tak minat tengok cerita Melayu. Ni cerita yang rata-rata orang kata best.



Setakat ni saya tak jumpa lagi lah komen negatif pasal Hantu Kak Limah ni. Ye tahu. Kadang-kadang dalam cerita ni ada jugak yang tak logik. Contoh si Usop yang tetiba boleh lari sebab nampak hantu. Tapiiiiiii!!!! Kau tahu tak benda tu lawak? Serius lawak. Semua orang ketawa sampai nak terberak. Kau ingat senang ke nak buat orang ketawa. Atleast bila buat benda yang tak logik tapi kelakar, manusia normal mesti ketawa.



Hish tak kisah lah kan orang yang tak suka tengok cerita Melayu ni. Tapi jangan optimis sangat. Kita ni Melayu. Ada benda yang berkualiti walaupun cerita lawak apa salah nya kita sokong. Kita duduk kat Malaysia. Kita sokong lah barang tempatan. Even bukan baju or harta benda brand-brand. Tapi filem ni produk kita tau. Produk Malaysia.



Dah sekian terima kasih. Ikhlas dari peminat cerita Melayu tegar-hanya untuk cerita-cerita berkualiti macam Hantu Kak Limah Balik Rumah

4 comments:

Lady D'yot said...

wahhh...ramai ckp cite ni besh.bila la nk g tgok nih..

Unknown said...

lady d'yot : sedap gila

Rohani Hashim said...

aku, anok jati ganu, pure org melayu....sokonggg wehhhhh!!!

Unknown said...

hany : tahu tak pe