Menitik juga air mata perempuan saya bila melihat berita tentang kematian tragis kemalangan ngeri melibatkan bas dari Melaka. Sebak betul dada bila tengok keluarga mangsa meratap merintih melihat yang tersayang pergi sekelip mata. Walhal rasanya baru saja menghantar yang tersayang ke Melaka Central. Tup tup saya rasa tak sampai dalam lebih kurang 1 jam berita sedih sudah diterima.
Ya Allah Ya Tuhan ku... Kau jauhkan lah aku serta keluarga ku daripada musibah kemalangan seperti ini. Selamatkan lah aku dan juga keluargaku dari perkara-perkara seperti ini. Amin.
Tak dapat dibayangkan bagaimana keluarga mangsa menerima kenyataan bahawa yang tersayang pergi buat selamanya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Anggaplah ini semua dugaan Tuhan. Malang tak berbau. Di mana-mana sahaja pasti ada musibah. Segalanya hanya penyebab.
Pada pandangan mata kasar, pasti kita dah mula fobia untuk naik bas ekspress. Tapi apa pilihan yang kita ada. Kereta? Sedangkan kereta yang tak bersalah pun terbabit dalam kemalangan ini. Apa lagi pilihan yang kita ada? Semua ini telah tertulis. Walau kita naik apa sekali pun.
Ingat lah wahai pemandu sekalian. Silalah berhati-hati ketika memandu. Kalau pun ada tidak memikirkan nyawa penumpang yang lain mungkin sebab mereka bukan keluarga anda. Tapi fikirlah keluarga anda. Fikirlah ratapan mereka ketika kehilangan anda. Fikirlah tentang anak-anak. Sampaikah hati anda melihat anak anda menjadi yatim. Lantas jika mereka menjadi yatim, kepada siapakah lagi mereka mahu mengadu selepas ini?
Saya mungkin sebagai saksi yang jauh daripada kejadian sebenar tragedi ini hanya ingin menyatakan satu fakta yang sahih. Ya. Saya memandu setiap minggu di PLUS. Seboleh mungkin saya tidak akan mendekati kenderaan seperti bas terutamanya disebabkan kelajuan bas yang luar biasa. Sepengetahuan saya, laluan kenderaan berat termasuk bas hanya dibolehkan di lorong pertama dan kedua sahaja. Tapi lihatlah sebagai logik akal dalam kemalangan ini bagaimana bas tersebut boleh melintas hingga ke laluan bertentangan jika bukan kerana bas terletak di lorong ketiga sebelah kanan?
Saya selalu memesan kepada diri sendiri supaya berhati-hati ketika memandu. Lebih-lebih lagi saya mempunyai anak. Seperti yang saya kata tadi. Saya tak sanggup ada anak yang menjadi yatim disebabkan kecuaian seperti ini. Sedih bila memikirkannya. Malah kalau suami yang memandu pun, mulut saya tak akan berhenti membebel mengarahkan itu ini. Dan juga saya tak akan naik dengan pamandu baru yang kurang cekap dalam pemanduan kerana bimbangkan hal-hal seperti ini lah.
Walau apa pun ini semua sudah ketentuan takdir Tuhan. Kita hanya merancang. Segalanya Tuhan yang tentukan. Selagi kita boleh elak, kita elak. Bahaya ada di mana-mana sahaja. Malang tak berbau bak kata orang. Saya sebagai seorang anak, isteri dan ibu hanya mampu bersimpati kepada keluarga mangsa. Al-Fatiha buat semua yang meninggalkan kita buat selamanya. Bagi yang sedang dirawat saya berdoa semoga kalian semua cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini.
5 comments:
tulah.. sgt memilukan & menyayat hati. takziah pd keluarga yg terlibat.
mcm ni lar adatnya atas jlnraya. kdg kita dah berhati2 sgt tp terkena gak tempias dari pemandu2 lain yg cuai.
kak d : tu la kak kan. kita dh hati2. tapi kena jugak dari org yg tak tahu nak berhati2
jlnry mmg bukan tempat berlumba
salam..
dipercayai pemandu bas Delima yang terlelap dan terbabs memasuhi laluan yang bertentangan....
maksu : betul tu masku
sekamar rindu : hmmm kelalaian manusia yg dicari sdr
Post a Comment