LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oct 11, 2010

09.10.10 Birthday Party Rayyan Adam 1 Year Old

Alhamdulilah majlis untuk menyambut ulangtahun putera kami yang pertama berjalan lancar walaupun lewat dari tarikh sebenar. Majlis hanya kecil-kecilan menjemput keluarga terdekat. Memang tak de jemputan rakan-rakan. Insyallah bila kami dah berpindah mungkin ada rezeki untuk semua orang.




So far semuanya ok dan kami suami isteri amat berterima kasih kepada keluarga yang dari  Melaka, Johor, dari Bangi or dari KL turun sama-sama raikan putera kesayangan kami. Majlis pun meriah dan staff yang patah kaki tu sanggup masuk kerja awal untuk handle majlis ni. Tq very much.




Now layan je la pic dari hp yang mana bukan saya yang amik sebab tu gambar tak cantik. Kameradigitalcanggih tertinggal pulak kat rumah. Hp ni anak sedara yang setting, tak tahu la apa yang digodaknya sampai semua gambar jadi pekinsen.







 Kek sponser dari KFC RM40. Tak best sangat tapi ok lah sebab free. Nasib baik habis licin kek ni.




Ni pulut kuning hasil tangan mak dan ini adalah hadiah untuk cucu kesayangannya. Gila sedap pulut kuning ni sampai ada yang tapau bawa balik. Makanan luar adalah diseludup sacara aman kerana hukumnya tidak boleh membawa makanan luar ketika majlis berlangsung. Hahahha



 Jangan pandang belakang!!!!











Mak pun pandai menghormati majlis dengan memakai bendalah kat kepala tu.








Tiup lilin dan potong kek time. Sila tahu besday boy hari ini memang tiada mood yang memuaskan. Semua orang dia tak nak selain mak bapak dia dan neneknya. Emak nya sangat sibuk pagi tu sehingga terlupa mencukupkan tidur besday boy. Bila tak cukup tidur harap maklum je la ye. Merengek sana sini.









 With mak buyung yang sedang menghitung hari











Budak-budak yang exited tunggu game dan kalau menang dapat hadiah. Walaupun pada saya entah apa-apa hadiahnya. Tapi pada budak-budak ni, Ya Allah sukanya!!! Anyway saya berpuas hati lah staff yang patah kaki tu layan budak-budak ni







Balik je rumah mak bapak nya yang exited buka hadiah. Hahahha... Jangan marah aaaa. Rayyan Adam dah kepenatan tertidur awal. Then bila bangun je tidur gila tamak semua mainan yang ada dia nak main. Sampai tak tahu nak main apa. Ya Allah anak aku.



Alhamdulilah semua orang pun berpuas hati saya tengok. Dan kalau ada yang terkurang minta ampun minta maaf. Sekali lagi kami suami isteri berterima kasih kepada semua yang sudi hadir. Tak lupa jugak kat staff KFC yang bertungkus lumus jayakan majlis. Tahun depan insyallah kami jamu ayam goreng lagi yang kami goreng sendiri. Jangan takut kali ni lagi banyak maybe kami beli 50 ekor. Huhuhuu.

4 comments:

Anonymous said...

HAPPY BESDAY RAYYAN ..

wah meriah nye party

Unknown said...

zura : tq

Anonymous said...

hapy besday rayyan adam.. nak kek seket... mcm sedap jer...

Unknown said...

fatiha : kek dah habis daaaaaaaa