LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oct 28, 2010

Isu Aqiqah


Now saya nak share sedikit info atau ilmu yang saya tahu serba sedikit mengenani aqiqah. Ini berikutan ada yang bertanya atau isu bila masa saya cakap tentang Kambing Aqiqah Rayyan Adam dan juga Majlis Aqiqah Rayyan Adam tempoh hari. So, today sharing is caring right?




Majlis Aqiqah Rayyan Adam dibuat apabila saya maminta izin dengan sepupu saya untuk menumpang pada majlis kahwin dia 17.10.2010. Plan asal saya nak buat pada Raya Haji ni. Tapi disebabkan, apa salahnya saya nak menumpang kat majlis orang kan. Nak-nak bukan nya siapa pun. Sepupu.



Before that, saya nak share la pasal aqiqah. Aqiqah disebut dalam hadis  

 ” Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)

“Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya” ( Riwayat Ashabus Suna )  



Dari sudut bahasa pula aqiqah bermaksud

‘Tolakan’, iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan.



Kemudian falsafah aqiqah pula menyatakan bahawa

Aqiqah dilaksanakan untuk memperlihatkan tanda kesyukuran kita kepada Allah swt terhadap kurniaan cahaya mata


So, antara isu-isu yang dipersoalkan bila kami suami isteri buat keputusan membuat majlis aqiqah di majlis perkahwinan ialah:


  • Boleh ke buat sekali dengan majlis perkahwinan?
Sah la aqiqah tu. Kan nak bagi orang makan. Tak de yang kata kena buat kat majlis kahwin ke, doa selamat ke bla bla bla ke.


  • Habis nanti yang datang makan orang kafir macam mana? Kafir yang dimaksudkan mestilah orang Cina ke, India ke kan. Boleh ke orang kafir makan?
Yang mengatakan haram ialah dari mazhab Syafie. Tapi ada sebahagian ulama yang berpendapat hukumnya harus jika kita menjamu daging tersebut kepada kafir yang tak memerangi Islam. So, kita boleh follow pendapat ulama yang lain ni. Sebabnya tiada dalil yang menyatakan tentang haram bagi makan daging aqiqah kepada orang bukan Islam. Kafir di Malaysia ialah kafir yang bukan memerangi Islam sebab mereka semua bayar cukai untuk berlindung di bawah undang-undang negara Islam. Betul tak. Huhuhu


  • Habis nanti kalau tetamu tak tahu tu kambing aqiqah, mesti diorg buang sepah-sepah tulang nya
Tiada dalil yang menyatakan tentang tulang tersebut harus disempurnakan bagaimana. Sisa bagi kita, makanan bagi orang lain. Hanya terdapat dalil yang menyatakan bagaimana mahu memasak kambing tersebut. Tulang-tulangnya sunat dimasak secara besar-besar tanpa dikerat kecik-kecik. So, kalau masak kena guna periuk besar la kot sebab tulang nya kalau boleh jangan dipatah-patahkan.


  • Macam mana kalau kita terima duit dari tetamu? Ye la adat orang sekarang kan suka bagi-bagi duit kalau ada majlis keraian apa-apa kan.
Hukumnya haram. Dan nasib baik sebab kami tumpang majlis orang. So, kami bukan tuan rumah. Biasa orang akan bagi tuan rumah duit kan


  • Kita yang buat aqiqah tu boleh makan tak dagingnya? Sedara mara, adik beradik boleh makan ke? Bukan tu kena sedekah ke?
Ni mengikut yang saya baca la eh. Daging aqiqah yang hukumnya sunat boleh dimakan oleh diri sendiri dan juga ahli keluarganya. Yang tak boleh dimakan dan hukumnya haram ialah daging aqiqah wajib iaitu siapa-siapa yang berniat nazar untuk buat aqiqah, maka ia ialah aqiqah yang wajib. So, dalam kes saya, kami tidak bernazar apa-apa dan hanya menjalankan sunat muakad yang mana jika kami mampu.


  • Untuk pengetahuan saya buat seekor kambing je untuk aqiqah Rayyan Adam. Bukan anak lelaki 2 ekor kambing ke? 
Hukum 2 ekor kambing untuk anak lelaki ialah sunat bukannya wajib. Menurut satu hadis riwayat yang bersumber dari Ibnu Abbas r.a., menyatakan :"Rasulullah SAW telah mengakikahkan buat Hasan dan Husain masing-masing satu ekor kibasy." (HR Abu Dawud). Wallahu a’lam 
  • Habis kalau ada duit lagi lepas ni boleh la sambung buat yang seekor kambing lagi kan.
Kalau ada duit nak buat sekor lagi, majlis tu dah tak jadi majlis aqiqah sebab aqiqah yang pertama sahaja yang dikira. Majlis tu lebih kurang macam majlis jamuan biasa je. Bagi makan-makan kat orang.


  • Kenapa anak lelaki 2 ekor? Anak perempuan seekor? Kenapa mesti berbeza?
Sebab lelaki lagi besar tanggungjawabnya. Contohnya lelaki akan menanggung segala dosa anak bini dan juga dosanya sendiri.



Segala info yang saya dapat saya baca dari sini. Baca lah tentang aqiqah ni sebab ada macam-macam lagi isu yang timbul yang saya tak story kat sini coz tak de orang tanya saya pasal tu. Huhuhu.