Alhamdulilah selesai sudah majlis aqiqah untuk anak sulung kami Rayyan Adam. Semoga apa yang kami lakukan diterima keberkatan oleh-Nya. Dan juga moga kambing ini dapat membantu Rayyan Adam meniti titian siratulmustaqim kelak. Dengan termetrainya majlis ni moga Rayyan Adam terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran serta terlepas dari syaitan dalam urusan dunia dan akhirat. Semoga anak ini akan memberi syafaat sepenuhnya buat kami suami isteri. Amin.
Kambing ni agresif dan garang. Nak tak nak kena ikat dia kuat-kuat sebab takut masa sembelih dia boleh meronta dengan kuat melepaskan diri. Huhuhuu... Kesian kat suami bertungkus lumus berlawan dengan kambing ni. Malam terus condem.
Tutup dengan daun pisang bahagian kepalanya sebab takut darah memancut.
Sila tahu ini hanyalah lakonan semata-mata yang konon-konon suami meyembelih kambing ni. Mana ada orang sembelih rileks-rileks sambil tersenyum lebar.
Yang menonggeng tu abang saya ye. Puan isterinya sila tersenyum ye gambar suami kamu masuk blog saya. Huhuhuhu.
Sampai ke malam masih tak siap lagi bersihkan kambing ni.
Actly, ni baru 1st time saya mengadap haiwan yang kena sembelih secara berani. Perasaan tu tak de la takut sebab dah tutup dengan daun pisang kan tadi. Cuma sedih jugak lah tengok kambing tu kena sembelih. Dalam masa yang sama terharu sebab saya buat ni semua untuk anak pengarang jantung hati saya ni. Semoga segalanya diberkati Tuhan. Amin
8 comments:
aku x dapat join kerjakan kambing..baru nak pg olong kena tarik kopek nenasla plk..
edi : tu la. gambo lain2 sume ada. ko je tak de
Alhamdulillah... selesai.. :)
kella : tq
Alhamdulillah...ameen....
hany : amin
aku memang biasa dibalik tabir jer..low profile la katakan...hihihiihihii
edi : low profile la sgt
Post a Comment