Ya Allah Ya Tuhan ku, kau jadi kan lah mereka-mereka sedar dan kembali meminta maaf kepadaku, meminta ampun kepada-Mu. Mereka-mereka yang suka berkata tentang kelebihanku, mereka-mereka yang suka mempersendakan tentang kebahagiaan rumahtanggaku, mereka-mereka yang suka bercakap tentang kemampuanku. Amin...
Hidup ini ibarat roda. Pernah satu ketika saya memang ada terduduk di bawah. Selalu berdoa untuk berada di atas. Alhamdulilah. Tuhan kurniakan nikmat kebahagiaan. Syukur sangat-sangat. Semoga saya akan terus success tanpa terlalu memikirkan cakap-cakap orang. Tolong lah Tuhan ku elakkan diriku dari mengambil berat cakap-cakap kosong orang luar yang tiada gunanya.
Kalau diikiutkan cakap orang, mungkin saya pun tak jadi orang. Kalau diikutkan cakap orang, siapa mahu bagi saya makan? Kalau diikutkan cakap orang, siapa mahu bagi saya rumah, bagi saya kereta, bagi saya kebahagiaan rumah tangga? Siapa?
Thanks sangat-sangat untuk seluruh family saya yang banyak sokong saya selama saya hidup ini. Tak ternilai dengan kata-kata, dengan wang ringgit, dengan harta benda segala sokongan mereka. Hanya sokongan walaupun tiada mampu untuk hulurkan bantuan. Syukur atas segala pinjaman nikmat di dunia ini.
Semoga saya akan sentiasa kental dan menjadi profesional bukannya emosional dalam menepis telinga dari cakap-cakap yang boleh menjatuhkan saya. Selagi saya mampu menjaga maruah suami, maruah anak, maruah mak dan seluruh keluarga, saya akan cuba dengan kehendak Allah. Amin...
psssttt psssttt now pms. sebab tu emosi tak terkawal kot
4 comments:
As...manusia ini ada bermacam2...jadi kita tak perlu memberatkan kepala memikirkan karenah mereka2 itu...anggap saja kata-kata yang tak elok itu bagai angin lalu...
tq kak syam. kadang2 emosi ni sedih je memikirkan apa org kata
moga segalanya baik-baik saje...aminn~
nadia : amin
Post a Comment