Anak sulung saya dah menjangkau usia setahun 29.09.2010 yang lepas. Maka soalan cepu cemas sekarang ni, ha bila nak tambah anak, ha bila nak tambah lagi satu, ha bila nak bagi kawan kat Rayyan Adam, bla bla bla bla.
Sangat cepu cemas semua soalan yang berkait pertambahan ahli keluarga. Huhuhu... Tapi saya tak kisah pun. Saya akan jawab sedaya mungkin. Sedia maklum saya memang sedang merancang penambahan ahli keluarga. Sejak bersalinkan Rayyan Adam, saya amik suntikan perancang setiap 3 bulan sekali.
Pertama-tamanya....Saya bukan tak nak tambah anak. Kami suami isteri memang nak sangat tambah anak memandangkan umur masih muda ni apa salahnya beranak ramai-ramai. Nanti dah tua tak payah la fikir pasal nak tambah-tambah ni. Anak ramai best sangat macam adik beradik kami suami isteri. Meriah. Kalau sikit memang tak best langsung la kitorg tengok. Tu pada pandangan kitorg. So, memang suka kalau ada rezeki ramai anak. Atleast bila kita tua, kita ada banyak pilihan anak mana yang nak jaga kita kan. Macam mak saya sekarang. Pilihan hanya di hujung jari. Huhuhuhu...
- Umur Rayyan Adam baru setahun. Rayyan Adam ditakdirkan menjadi anak sulung. Makanya jika saya berpeluang mengandung lagi, saya tidak mahu Rayyan Adam beranggapan dia merasa tersisih dengan kehadiran adik nya. Pendek kata, saya mahu dia puas berkasih sayang bersama kami sebelum memikul tanggungjawab sebagai abang yang sulung. Tapi plannya mungkin lah tidak terlalu lama. Mungkin lagi 2 atau tiga tahun
- Paling ketara sekarang penyebab utama kenapa saya merancang kerana saya berjauhan dari keluarga saya. Saya tak duduk sebumbung dengan suami. Tak duduk sebumbung dengan anak. Macam mana saya nak tambah anak kalau semua anak saya tinggalkan duduk dengan emak dan suami saya. Kami memang dah berbincang, selagi kami tak duduk sebumbung selagi tu saya akan teruskan perancang ni.
- Lagi pun disebabkan saya duduk jauh dengan anak saya. Dengan berulang alik setiap minggu baru boleh jumpa anak, saya masih tak puas lagi curahkan sepenuh kasih sayang untuk Rayyan Adam. Saya tak puas lagi bermanja dengan Rayyan Adam. Bagi lah sikit masa lagi. Masa bila saya dapat duduk serumah dengan family.
Pada kawan-kawan pembaca semua doakanlah saya sekeluarga dapat duduk serumah normal seperti keluarga lain secepat yang mungkin
6 comments:
umm, aku stuju dgn reason ko weh...
aperpon, korg yg akn rs kan, bak kata tu biorkn org yg bertanya tuh kan.janji korg suamiisteri dah stuju kan...
umm doakan aku jugak, utk bg kawan kt adam ;)
hany : tq beb. terharu aku baca komen ko. huhuhu
oo xduk sekali ke?
as duk mane? keje jauh2 yer?
kak gee : ha ye la. huhuu... tgk mcm dok sekali je kan. hakikat nya as keje kat equine park. husband n anak n mak kat melaka. g keje pagi isnin dari melaka. balik melaka ptg jumaat lepas keje. sobsobsob
as ade try cari keje kat area melaka ke?
mulut org kan.. sakit hati mmg lar, tp kite hanya mampu tersenyum. bile baru kawen, org tny bila nk ade anak? dah ade anak sorg, sibuk tny bila nk tmbah? bila ade anak lelaki, tny bila nk dptkan anak pompuan plak? rimas seh..
setuju lar ngan plan as tu. tgk rayyan adam beso dulu. kite bkn apa, xmo rugi masa tgk anak membeso.. kalo bole biar step by step ;)
kak d : sejak sebelum kawen tak pernah tak cuba cari keje kat melaka. terus lah kak, as mmg memilih gaji. kalau takat gaji 800-1000 pada as tak cukup. as punya hutang je dah habis 1000. mmg org akan kata, ha tu la kau siapa suruh berhutang. tapi kalau dengar mulut2 org ni, nak ke dia bagi kita apa yg kita nak. cnth nya rumah or kete.
Post a Comment