LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oct 20, 2010

Melaka Maju 201020102010

Sana sini orang sebok dok bercerita tarikh cantik tertarik menarik kau memang debommm ni. Kalau tarikh ni jatuh Jumaat or Sabtu or Ahad, berpeluh tangan tok kadi nak salam tangan pengantin. Konpom la ramai yang nak nikah tarikh ni. Silap hari bulan memang ada pun orang yang nikah hari ni. Yang mana dapat lahirkan baby hari ni kira bertuah la tarikh lahir anak senang nak ingat.





Okey berbalik pada cerita Melaka Maju 201020102010 (20.10.2010 jam 20:10). Walaupun saya ni bukan orang Melaka dan ic menunjukkan saya ni orang Johor, saya nak jugak menyebok bervangga. Mahu tak bangga. Suami dengan anak aiii orang Melaka tau. IC Melaka tau. Orang nak kata aku menyebok ke apa ke lantak la ye. Namun, hati dan jantung masih tetap setia dengan negeri kelahiran tanah tumpah darah negeri Johor tau. Masih belum nak durhaka lagi.





Ni semalam saya pergi tengok raptai. Panas wooo. Rayyan Adam pun tak selesa. Kitorg balik awal. Paling best tengok anak Kak Ana buat persembahan tu yang kat atas padang bersesak-sesak ramai budak sekolah. Pertama kali tengok anak sedara sendiri buat show bangga you. Sekali lagi. Anak sedara saya  tau bukan anak sedara suami. Pada hal mak nya sikit tak peduli anak dia masuk benda-benda tu semua sebab dah biasa. Mana-mana acara pun anak dia akan join. Biasa lah aii ni over tau. Siap dup dap jantung masa dia masuk padang.





Okey la. Tahniah Melaka bandar warisan dunia. Errkkk Encik Melaka. Nak tanya sikit boleh? Ni dah jadi negeri maju dah. Bila nak amik saya kerja dengan anda. Saya kalau kerja dengan Encik gerenti tambah maju la. Hmmm lagi pun ada YB suggest saya tukar alamat IC. Sobsobsob sedih nak tukar dari Johor ke Melaka. Wellll saya akan tukar tak lama lagi. Tapi bukan bermakna saya berpaling tadah tau Encik Johor. Saya masih setia.






Encik Melaka, kalau amik saya kerja dengan Encik saya boleh jadi duta tau. Duta Melaka. Hmmm free pun tak pe. Menarik tak gambar kami sekeluarga jadi duta Melaka macam ni.


 

4 comments:

Rohani Hashim said...

aku cuba mencari anak kak ana semalam...mwaaaa padahal aku pun xigt muke dia camner...

Unknown said...

hany : ko tahu dia masuk acara ni dpt duit 150 dow. hahahha.. duit nuff aku pun tak sampai lagi 150

Unknown said...

Asfaliza..Org Melaka cuti ari ni aik? seronoknyer

Unknown said...

jemari seni : ye r ct. suka la org melaka