LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sep 23, 2010

Penghujung Selatan Benua Asia

Masih berkisar tentang raya. Masa raya keempat kami semua pergi beraya ke Pontianak rumah adik saya. Sila tahu ye. Saya sebagai rakyat Johor yang amat-amat setia sesungguhnya tidak pernah ke Pontian. Malahan jalan nak ke Pontian pun tak tahu nak ikut mana. Siap tanya nak ikut highway mana ni? Karang keluar tol mana. Nampak sangat la kejahilan tentang daerah Pontian ini. Justeru adik saya sebagai pemandu pelancong berkata, mana ada highway. Ikut jalan lama la. Nampak kan kebuntuan saya? 



Tobat tobat tobat!!! Jalan punya lah lama. 2 jam okey. Dan keadaan jalan sangat lah mencabar kerata sang suami. Hahaha. Padan muka dia kena bawa slow slow di jalan berkurap.



Bila dah siap beraya memang la penat kan. Dengan anak kecik lagi. Tengah hari buta yang panas terik. Suami pun berkata, abang nak pergi Penghujung Benua Asia. Isteri memainkan memek muka pelik. Main-main ke apa laki aku ni. Siap kata nak pergi tugu yang ada tulis penghujung benua asia. 



Then dia cerita lah hal yang sebenar yang penghujung  benua asia tu dah dekat sini. Alang-alang dah sampai Pontian, dia nak jugak jejak kaki kat situ. Dia kata kat Tanjung Piai. Nampak tak aku  ni warga Johor kejadah yang tak tahu cerita hal penguhujung dunia ni.



So, kat bawah ni layan je la gambar yang hentam keromo je. Janji ada bukti dah kami anak beranak dah sampai Penghujung Benua Asia



Ni lah tugu yang suami saya cakap tu. Sampai-sampai terus nak amik gambar kat sini.



Yang kiri sekali tu satu-satunya adik saya yang sebijik macam kakak saya. Sila tahu mana yang tak tahu ingat saya bongsu okey... Tengah-tengah tak payah diperkenalkan. Dan yang kanan ialah anak sedara iaitu anak kakak saya.
 


Nak masuk kena beli tiket okey. Dewasa RM5. Pelajar RM3. Warga Emas RM3. Kanak-kanak bawah 6 tahun free. Tapi masa ni orang kat kaunter tu baik. Dia kata mak free. Hari raya punya pasal





Laluan nak ke destinasi. Dari tempat beli tiket ke lokasi sebenar lebih kurang 1km. Mula-mula siap tanya dengan mak dulu tau. Larat ke tak. Mak kata ok. Alhamdulilah mak sikit pun tak penat or semput or sakit kaki. Teruja jugak kot.





Encik Monkey yang menakutkan. Serius saya memang takut. Terjerit-jerit takut monkey ni kejar. Pada hal kalau rileks je dia tak kacau. Dah agak-agak jauh baru berani nak amik gambar dia. Huhuhu..




Banyak-banyak gambar, gambar ni je la yang Rayyan Adam senyum. Budak ni kedekut senyum lah. Ramai cakap macam tu. Mahal wei senyuman dia ni.




Nampak tak yang saya bulat-bulatkan tu. Binatang tu spesis siput tau. Tapi tak tahu apakah jenis siput tersebut. Nak kata siput sedut bukan sebab lebih besar. Siput ba alif ba ya jauh sekali.









 Penghujung Selatan Tanah Besar Asia













Macam tak percaya je tau negara kita ni terpilih dalam peta menjadi Penghujung Benua Asia




Reptilia globe menandakan di sini ialah Penghujung Benua Asia








Air laut kat sini kira dalam jugak la sebab ada kapal-kapal yang berlabuh. Cantik kan?







Sila baca sendiri info tentang tempat ni. Gila malas nak taip.



So, puan-puan marilah melancong. Tak rugi melancong di dalam negara sewaktu hari raya. Penghujung Benua Asia salah satu tempat yang wajib dikunjungi. Dan jangan tak tahu. Walaupun beraya bukan ke rumah orang. Rayyan Adam tetap dapat duit raya. Entah siapa entah budak-budak motor ala-ala Mat Pit tiba-tiba bagi duit raya 5 hengget kat Rayyan Adam. Terima kasih ye cik abang kot-kot kalau awak baca blog saya ni. Minta-minta la cam lagi. Saya memang tak cam.



Ok sekian berita cuti-cuti Malaysia. Punya lah penat nak upload gambar terbanyak dalam blog ni.

6 comments:

Mak Su said...

wah, kenalah pergi kan....tempat yang spesel of all tempat2 yang spesel :)

Unknown said...

mak su : yup. mmg spesel pun

cik daisy said...

ic saye di tgh2 ialah 01 yer.. juga baru tau psl penghujg selatan benua asia ni. terujanye! memula tgk tajuk as, ingatkan memain.. kekeke! insya-Allah nk jejakkan kaki ke sana 1 day ;)

Unknown said...

kak d : huhuuu. meh la pegi kak. tempat mmg bosan. tapi ni lakaran sejarah tau

Rohani Hashim said...

beb, replika beb bukan reptilia mahupun aprilia ;)

Unknown said...

hany : reptilia globe ni sejenis spesis yg aku jumpa kat sana beb