LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sep 24, 2010

Reunion SMKDM 2010

Gambar penulis blog sedikit over sebab tu lah dibulatkan supaya pembaca cam penulis sebenar. Dan juga gambar cuma ada yang ini sahaja sebab saya malu nak keluarkan kemera hp sebab kemera orang lain canggih-canggih belaka. Dan sebab yang lain juga kenapa tiada gambar lain kerana penulis kan dah dikatakan sopan terlampau pada masa ini.





Last week kami geng bas sekolah lama buat reunion sempena raya ni. Perjanjian dibuat di rumah pengantin berbaju merah di tengah-tengah. Oleh kerana majlis ni special sikit maka kami plan berjumpa pada waktu malam. Jadi tidak mengganggu majlis sebenar pada waktu siang.



Hmmmm bila dah kumpul ramai-ramai macam ni kan, terungat kisah dulu-dulu. Ada yang jumpa tu kan, eh dia dah jadi macam ni dah. Lepas tu anak dia dah besar dah. Ada jugak eh siapa eh nama dia ni. Aku ingat muka tapi tak ingat nama. Then saya antara yang malu-malu lah dalam ramai-ramai ni. Ha kau tengok aku dah berubah jadi sopan tauuuuu. Huhuhu



Actly, saya sekolah kat Sekolah Menengah Datuk Menteri ni dari tahun 1997 sampai 1999. Lepastu saya pindah sekolah lain. Walaupun saya tak amik SPM kat sini tapi saya tetap di invite. Majoriti yang datang diorg agak close berbanding saya. Tapi disebabkan hari baik bulan baik ni, orang pun dah menjemput. Apa salahnya saya nak eratkan silaturahim. Hidup ni jangan sombong sangat. Kalau nak sombong duduk kat hutan.



So, saya dan suami sanggup lah turun ke Johor dari Melaka. Siap bawa 2 orang anak tau. Anak yang tua siapa lagi kalau bukan mak. Huhuhu.... Lepas ni kalau buat lagi sure punya saya jadi teamu yang wajib hadir. Kali ni suami tak nak ikut pun tak pe. Boleh jumpa pakwe lama. Lalalala

2 comments:

Noraide said...

Kalau setiap thun macm ni memang terbaiklah..:)

Unknown said...

edi : tahu tak pe. maybe ni untuk permulaan. kita buat sampai anak cucu cicit kalau panjang umur