LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 10, 2010

Tukar Pengasuh Sementara

Puasa tak start lagi. Tapi soal bulan puasa, soal raya, soal nak raya kat mana bla bla bla.... kami dah plan awal-awal.



Bila bulan Ramadhan pastinya mak nak duduk rumah dia sendiri. So, takkan la saya ni sebagai anak yang solehah cewah tak kasi mak sendiri nak balik kampung. Kan nak raya ni. Tentu-tentu lah dia nak duduk rumah dia sendiri. Suaminya balik katanya.



Kami ni laki bini dok berfikir lah macam mana caranya sebab Rayyan Adam kan bawah asuhan mak. Kalau mak balik kampung, maka Rayyan Adam kena ikut jugak. So kami ni kena lah berulang ke Johor tiap-tiap minggu nak tengok anak.



Soal duit or soal penat tak pe lah. Ni soal masa. Takut terkejar-kejar. Maklum, saya ni cutinya 2 hari je. Suami pulak 3 minggu sekali.



Plan punya plan punya plan...Kakak ipar saya yang bercuti sepanjang bulan Ramadhan ni, nama dia dianaikkan la sebagai calon utama untuk mengasuh Rayyan Adam 2 minggu sebelum raya.



Alhamdulilah. Kak Teh setuju nak tolong jaga Rayyan Adam 2 minggu sebelum raya. Lagi pun memang tahun ni giliran raya kat Melaka. So, senang sikit saya cuma berulang KL-Melaka je. Saya berani kasi anak saya orang lain jaga selain dari saya ialah... Sebab Rayyan Adam setakat ni memang sangat lah mudah menjaganya. Dia tak banyak sakitkan hati orang dengan terpekik menangis tak tentu pasal. Mudah saja jaganya. Dia cuma nangis bila penat or haus. Tapi tak berpanjangan.



So, bila dia bawah jagaan Kak Teh nanti saya akan bekal kan buai untuk Rayyan Adam. Rayyan Adam tidur memang tak pakai buai. Tapi saya memang stand by ada beli masa mula-mula dulu. Ni dah duduk rumah orang takkan la saya nak susah kan orang dodoikan Rayyan Adam macam kita selalu buat. Kalau boleh saya cuma nak suruh tolong jaga je. Tapi apa nak kata. Terpaksalah minta bantuan cebok berak semua.



Terima kasih eh Ateh sebab sudi nak jaga anak As. Huhuhu... Kak Lang dan yang lain-lain anak buah jangan jeles yek. Hahaha 

2 comments:

Mak Su said...

kalu maksu dah pencen, bolehlah maksu tolong jaga, hi hi hi

~aSFaLiZa~ said...

mak su : huhuh... ramai yg nak jaga adam ni