LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan

Sepanjang ramadhan bergelar isteri




Tahun pertama masih segar sebagai pengantin baru. Inai masih penuh lagi di jari. Jumpa dah la seminggu sekali. Suami pulak kerja tak tentu hari. Ada siang ada malam. Kena tahan je la nafsu. Hahahaha. Macam pantun pulak.




Tahun kedua, bawa perut pulak. Ke hulur ke hilir menghitung hari. Bila nak bersalin ni. Dok fikir, kalau bersalin time bulan puasa ni ok gak. Boleh terus cuti raya. Tak payah fikir nak aply cuti berapa hari. Tapi kalau dah due nya lepas raya. Apa nak kata. Time raya lah dia keluar. Bukan time puasa. Selamat jugak macam ni. Tak payah nak ganti puasa banyak sangat.




Tahun ni tahun ketiga pulak bergelar isteri. Mencabar. Dengan baby kecik. Huish dugaan bulan puasa ni. Time ni lah nak buat amal lebih sikit. Tengok banyak mana sabar kita. Ye lah. Saya ni dengan duduk jauh nya dengan suami. Jumpa seminggu sekali. Nak masak, nak jaga anak. Huhuhuhu.... Eh tapi ni bukan merungut tau. Saya cuma terfikir, macam mana lah saya nak jadi isteri dan mama yang baik time bulan mulia ni

2 comments:

gee ryder said...

standby jela nti rayyan nk bukak posa sekali hehe

~aSFaLiZa~ said...

gee : hahahha. betul jugak kan. budak tgh lasak ni. dia pun join sekaki