"Anniversary Contest by MaslinaMansor"
Syarat-syaratnya
- Copy image kat atas tue dan buat tajuk seperti diatas.
- Uploadkan gambar korang dan pasangan korang. Yang dah kahwin, gambar isteri/suami. Yang bercouple. Girlfriend/boyfriend. Yang takdak pasangan, guna gambar parents korang... (Kalau boleh tue, yang dah kahwin dan bercouple, jangan la pertaruhkan gambar parent yer... :)
- Ceritakan pasal pasangan korang/ parent.
- Hadiah yang pernah diberi kepada pasangan. Manakala parent- tanyalah mak abah korang hadiah apa yang pernah diberi kepada pasangannya.
- Ayat paling " Jiwang Karat " korang pernah luahkan pada pasangan. Kalau mak ayah korang, korang tanyalah apa yang diluahkan pada pasangannya. (Ayat "I LOVE YOU " tak dikira, dah biasa sangat)
- Aku nak bagi hadiah kat hubby, cadangkan 3 hadiah apa yang sesuai...( Jangan
murahmahal sangat )
- Tinggalkan URL entry korang disini
Bagaimana nak memilih pemenangnya...? Hak 100% diberi kepada hubby. (Try la bodek dia...)
Tempohnya...? Bermula 16 Julai 2010 - 9 Ogos 2010.
Hadiahnya..?
p/s: susah ker contest nie? Tak apa, buat slow-slow.
p/s: kalau meriah sambutan contest nie... hadiahnya akan di'up'kan harganya... hehehe. Jadi sebar-sebarkan contest ini
p/s: kalau meriah sambutan contest nie... hadiahnya akan di'up'kan harganya... hehehe. Jadi sebar-sebarkan contest ini
Cerita tentang suami saya...
Sempena ulangtahun perkahwinan kami yang kedua 08.08.10 kali ini terasa ingin mencuba nasib. Mana lah tahu nasib menyebelahi kami. Cerita tentang kami...Kami tabah mengaharungi perkahwinan jarak jauh selama tempoh kami sah menjadi suami isteri hingga ke hari ini.
Dalam tempoh ini rindu menjadi peneman kami setiap detik. Sabar dalam setiap dugaan Tuhan ini menjadikan rumah tangga ini teguh dan harapnya semua mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami hingga ke akhir hayat kami.
Saya sangat bersyukur kerana suami teramat-amat memahami apa yang saya lakukan untuk rumah tangga kami. Saya terlalu menyanjung pengorbanan suami yang sanggup menjaga Rayyan Adam permata hati kami walaupun saya di kejauhan.
Bayangkan lah, tanggungjawab yang sepatutnya digalas oleh seorang ibu, tapi suami saya sanggup menjaga Rayyan Adam walaupun saya tiada di sisi. Terima kasih abang.
Hadiah dari suami yang paling bermakna dalam hidup saya ialah
Suami menghadiahkan gelaran isteri kepada saya. Inilah hadiah paling bermakna dalam hidup saya. Terima kasih abang.
Ayat yang biasa saya perdengar untuk suami
Thanks abang sebab sudi jadikan diri sayang isteri abang. Terima kasih atas segala cinta abang. Terima kasih atas segala pengorbanan abang untuk keluarga kita. Terima kasih atas segalanya. I love u so much more than everything
So, buat penganjur, apa yang ingin saya cadangkan hadiah untuk suami anda ialah
- Permata hati yang soleh dan solehah buah hati pengarang jantung keluarga anda dunia dan akhirat
- Kebahagiaan yang hakiki sebagai keluarga yang bahagia dunia dan akhirat
- Saling tolak ansur antara kalian pastinya hadiah yang paling bermakna jugak
2 comments:
cayalah!!!
biasalah..
Post a Comment