LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 17, 2010

SUKMA 2010 - Kompleks Sukan Batu Berendam



Masa hari Sabtu yang merata saya cari klinik gigi tak jumpa, kami singgah kat Kompleks Sukan Batu Berendam. Ye lah. Rumah pun dekat je. Nak jugak tengok apa-apa perkembangan SUKMA kat sini. Kat sini ada 3 jenis acara kalau tak silap. Kavadi, Judo kot dan Lawan Pedang. Ni kalau tak silap lah.



Ni yang mula-mula kami tengok. Tak tahu la apa ke namanya permainan ni. Tengok je lah. Dah macam kaki bangkuu pulak. Ni pun tak tahu pertandingan betul-betul ke atau tengah traning. Nampak gaya macam training sebab kalau pertandingan mesti ramai penonton





Then, tak lama lepas tu ada la orang cakap kat microfon selepas ni pertandingan bla bla bla. So, kami pun pindah tengok apa yang ada. Mula-mula pelik jugak lah. Apasal lah ramai sangat orang India. Ooooo patut la. Ni kalau tak silap jugak pertandingan Kavadi nak eja pun tak reti. Ni kan permainan tradisi orang India. Kitaorg gelak-gelak sebab tak tahu apa nama nya. Suami cakap mesti diorg nak main galah panjang. Masa ni kalau  tak silap jugak Terengganu lawan Sarawak. Tapi kan... Nama je permainan orang India. Saya tengok ramai Melayu yang main tau.






Kitorg tak lama pun kat sini. Suami boring sebab tak tahu macam mana mainnya. Lagi pun tak tahu macam mana nak kira mata. So, memang boring. Balik tidur layan gigi sakit


No comments: