LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 30, 2010

Pinjam Oh Pinjam

Hmmm bagi salah. Tak bagi salah. Kawan nak pinjam duit. Tak bagi kesian. Memang janji nak bayar balik tarikh sekian-sekian. Tapi tiba masa duit nya tak cukup nak bayar balik. So, bayar secara ansuran. Ha kan kita dah serba salah nak bagi tahu. Kalau boleh nak la banyak mana aku bagi kau, banyak tu jugak kau bagi aku. Tapi tu lah. Nak cakap serba salah. Sebab tu kawan. Hish kalau adik beradik tak pe gak. Boleh ampun.



Bila bayaran dah setel, nak buat loan lain lagi. So, buat perjanjian yang sama. Perasaan ni pun sama jugak lah. Serba salah nak bagi. Sebab dah janji tarikh tu yang dijanjikan. Cuma takut janji tak dikotakan. Tiba masa kita yang terkontang kanting. Ye lah. Yang kita bagi memang lah bukan duit saving kita. Sebab nya kalau boleh duit saving tu tak bak tengok langsung pun. Kita bagi duit belanja sebulan. Karang kalau tak boleh bayar. Takkan nak terkial-kial kita korek duit saving. Kan dah cakap duit saving tak nak kacau. 



Hmmm... Masa nak pinjam takkan kita nak tanya. Apa cagaran yang kau nak bagi kat aku. Kan ke macam poyo. Then, takkan nak terang kan kat orang tu. Wei, aku banyak komitmen la beb. Aku nak bayar rumah. Aku nak bayar kereta. SSPN anak aku lagi. Ni lagi la aku dok berulang KL-Melaka. Tol, minyak. Habis makan aku. Bil-bil utiliti aku. Eh takkan nak senaraikan kot komitmen kita kan peminjam. Nanti kata, ala baru nak pinjam sikit dah banyak cekadak.



2 comments:

Izan Ishak said...

hi asfaliza...
mcm hubby izan skrg ni dah lancarkan kempen takkan bagi pinjam sesen pun kawan2 sbb kawan dia boleh 'kencing' dia. sampai hari ni xbayar2 balik. ckp dgn org lain bini buat asb loan 80k lah...gaji bini besarlah...bayar livina 1k sebulanlah... hmmm...cakap je lebih.
**org lain mmg xpikir apa yg kita kena bayar...tau nak pinjam je kn...

~aSFaLiZa~ said...

izan : mmg. skrg ni biar la apa org nak kata. sombong ke apa ke. janji hati kita senang. blh nak tlg. tapi adik beradik blh la. sedara mara pun bukan blh caya sgt skrg ni