LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 23, 2010

Jodoh

Bila Tuhan dah kata itu adalah jodoh kita maka adalah yang Tuhan nak tunjuk bahagian masing-masing. Pasti ada hikmah di sebalik cerita jodoh kita.



Mana yang belum kahwin pasti tertanya-tanya siapakah jodoh aku. Bila jodoh aku nak datang? Okey ke jodoh aku nanti. Ya. Saya dulu adalah begitu. Tertanya-tanya. Now dah jumpa pun jawapan jodoh yang Tuhan nak bagi kat saya. Alhamdulilah.



Adalah dulu sorang kenalan yang dah bergelar Hajah. Bila dia tahu saya nak amik keputusan nak bertunang dia ada nasihat supaya saya buat istikharah. Minta petunjuk Tuhan betul ke pilihan saya ni. Betul ke keputusan saya ni.



Tapi sila tahu ye. Saya tak buat pun nasihat dia. Walaupun berkali-kali dia nasihat kan saya. Sebab nya... di kala itu saya tak mahu ada pandangan lain dalam hati saya. Saya dah tetap kan hati saya. Ya. Ini lah pilihan saya yamg tepat. Suami saya. Saya memang takut nak buat. Takut terpandang or termimpi orang lain. Tak ke haru. 



Tapi untuk mereka yang baru nak buat keputusan tentang jodoh, saya nasihat kan buat lah solat istikharah ni. Eh ni tapi saya suruh bukan sebab saya menyesal dengan jodoh saya. Cuma nak bagi tahu benda ni tak rugi pun. Kalau dah itu yang Tuhan janjikan, maka itu memang untuk kita.



Tak semestinya kita bercinta bagai nak rak, dah plan ni nak kahwin. Tup tup tiba masa kahwin dengan orang lain. Memang banyak terjadi benda macam ni. Pendek kata, apa yang Tuhan tentukan, itu lah yang terbaik buat kita. Kalau Tuhan nak uji pun sebab Tuhan sayang kita. Betul tak.



Ini tak kira lah kan jodoh kita siapa. Kahwin dengan perempuan tua ke, kahwin dengan lelaki tua ke, kahwin dengan duda, dengan janda, laki orang. Ya. Itu semua ada cerita terbaik yang Tuhan nak bagi. Cuma kena sabar. Sabar tunggu habuan dari Tuhan.



Ingat. Tak semestinya orang yang kita nak akan jadi pasangan sehidup semati. Kalau bukan itu orang nya pasti akan ada bahagia yang lain. Akan ada sinar mentari pelangi yang akan mewarnai hidup kita. Jangan disesalkan jodoh yang tiba. Jangan disesalkan jodoh yang pergi. 



3 comments:

kella said...

percaya dengan jodoh yang ditentukan..
namun kita tak harus berserah sahaja.. tuhan kasi kita akal, hati dan perasaan untuk menilai semuanya! :D

Lady D'yot said...

klau dah wat byk kali, tp hati tetap pada dia..hakikatnya mcm mustahil kita dgn dia..camne tu?

Unknown said...

kella : btl. bukan takat menyerah je. kta juga kena usaha


nadia : tu kena tya yg lagi arif. maybe tya Tuhan. Tuhan ada jwpn nya