Kali pertama membeli kan Rayyan Adam cloth diaper. Cabaran jugak sebab mahu meyakinkan suami dan emak tentang kelebihan CD ni. Saya dah lama sebenarnya teringin nak pakai kan CD untuk Rayyan Adam.
Tapi suami pernah kata, ni untuk suri rumah je sesuai lah. Siapa yang nak jaga. Siapa yang nak basuh. Kita kan kerja. Mana ada masa. Okey fine. Saya down sikit nak beli.
Mak pulak, terus terang kata malas nak jaga benda-benda merenyah ni....So, saya hanya dok pandang je la dalam internet orang jual. Lepas tu baca mak-mak orang lain dengan bangganya pakai kan baby diorg. Mahu tak teruja tengok.
Tup-tup ofismate, Rini gigih pakaikan CD untuk anak daranya. Siap pos hantar kat ofis. Macam best. Serius. Sebab saya teringin. Nak-nak ada pulak ofer harga murah. Sehelai RM22. Terus buat keputusan nak beli. Mula-mula nak beli 3. Tapi sebab yang harga RM22 ada 2 design je. So, amik 2 je dulu. Kira ni untuk trial.
Untuk permulaan saya akan hanya menggunakan CD ni hanya pada hujung minggu sahaja. So, saya hanya menyusahkan diri sendiri saja. Hehehe...Cuba untuk tegarkan diri
Saya beli 2 CD ni kat Sentuhan Bayu. Masih ada jualan murah lagi!!!
12 comments:
wahh..comel!
ape kebende nye ni..oo mcm2 pesyen eh tuk baby nie..
as, saya ade beli satu utk likha. tp blum pun pkai lgi. die kena ade inner kan? inner tu ke yg pakai buang or blh basuh? tu yg sy confius skit.
nARd : adam mmg comel
Nazz : ni bukan pesen syg. ni kira lampin kain mcm org dulu2. tapi dah di moden kan
ztee : insert dia kita kena masukkan kat dlm poket CD tu. tak buang. basuh n pakai balik. biasanya, siang masukkan 1 insert. malam 2 insert
Rayyan adam yang sgt comel apabila memakai cd yang mahal ...
Anonymous : mahal??? hahahhah. ini paling murah rasanya. kalau tak silap la
tkpe mahal pun, blh pkai bertahun2 kan? jimat duit!
eh, rayyan adam ke? ingtkan adam rayyan... terbalik..tak pasan ;)
ztee : mmg menjimatkan...rayyan adam la syg. dah lama kat sini tak perasan eh
alahai comei nye adam dengan cd nye tu.. gewammm la..
Ena : gewam ye aunty ena
cam ngam2 jek ngan rayyan adam..comel kan?
IbuDhira : haah vontot dia besar
Post a Comment