Kali pertama membeli kan Rayyan Adam cloth diaper. Cabaran jugak sebab mahu meyakinkan suami dan emak tentang kelebihan CD ni. Saya dah lama sebenarnya teringin nak pakai kan CD untuk Rayyan Adam.
Tapi suami pernah kata, ni untuk suri rumah je sesuai lah. Siapa yang nak jaga. Siapa yang nak basuh. Kita kan kerja. Mana ada masa. Okey fine. Saya down sikit nak beli.
Mak pulak, terus terang kata malas nak jaga benda-benda merenyah ni....So, saya hanya dok pandang je la dalam internet orang jual. Lepas tu baca mak-mak orang lain dengan bangganya pakai kan baby diorg. Mahu tak teruja tengok.
Tup-tup ofismate, Rini gigih pakaikan CD untuk anak daranya. Siap pos hantar kat ofis. Macam best. Serius. Sebab saya teringin. Nak-nak ada pulak ofer harga murah. Sehelai RM22. Terus buat keputusan nak beli. Mula-mula nak beli 3. Tapi sebab yang harga RM22 ada 2 design je. So, amik 2 je dulu. Kira ni untuk trial.
Untuk permulaan saya akan hanya menggunakan CD ni hanya pada hujung minggu sahaja. So, saya hanya menyusahkan diri sendiri saja. Hehehe...Cuba untuk tegarkan diri
Saya beli 2 CD ni kat Sentuhan Bayu. Masih ada jualan murah lagi!!!