LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 26, 2010

Kereta Kena Block

Sebelah rumah saya sebelum ni tak de orang duduk. Kosong. So, bila dah kosong saya parking lah kereta saya kat tempat parking rumah tu. Kereta suami pulak kat tempat parking rumah kami.


Beberapa hari ni memang kami ada dengar bunyi-bunyi orang kat sebelah. Mayb dah ada orang baru la nak masuk kan. 


Malam tadi masa suami pergi kerja dalam pukul 10.30 still tak de orang lagi. Tup-tup pagi tadi saya nak pergi kerja pukul 6.30 tengok kereta dah kena block dengan kereta besar. Apa lagi, call suami pung pang pung pang marah suami sebab tak parking tempat lain.


Macam mana ni. Nak bawa kereta suami sah-sah lah kereta dia belum isi minyak. Ni dah lambat dah ni. Karang nak sampai ofis pukul berapa. Ikut kan angin puting beliung ni memang rasa nak langgar je kereta besar ni.


Hmmm macam mana yek. Nak tak nak saya ketuk lah pintu rumah sebelah. Bagi salam. Then, suami dia kot yang buka pintu. Saya minta maaf lah sebab saya parking tempat dia dan saya kata nak keluar pergi kerja. Sombong. Dia tak kata apa pun.


Okey lah, fine. Saya tahu saya salah. Tapi saya dah minta maaf kan walaupun emosi saya pun tegang sebab kereta kena blok. Walhal kan. Kalau dia berfikiran waras, banyak lagi tempat lain yang boleh parking walaupun di bahu jalan. Bahu jalan pun sebelah rumah dia jugak. Tak payah lah sampai nak blok kereta saya. Lagi selamat kalau dia parking tempat lain. Manalah tahu kalau saya rasa macam nak langgar je kereta tu bagi gerak. Tak ke lagi haru.


Saya ada pengalaman tau. Depan mata saya sendiri ada sebuah kereta blok jalan masuk rumah seseorang, tuan rumah tu langgar kereta yang memblok tu. Memang depan mata. Masa tu dia dah tak peduli dah kereta dia sendiri kemek. Ye lah. Marah beb. Saya pun tahu rasanya macam mana pagi tadi.


So, janganlah blok kereta orang. Bahaya. Dah tu suami saya pun emo jugak dengar pagi tadi. Dia kata dia nak balas dendam kat jiran sebelah tu. Hahaha. Mentang-mentang pakai kereta besar. Mesti kaya. Berlagak.


8 comments:

nARd eLainY said...

wahh..dulu sy duk s.alam..penempatan kt situ mmg padat. tiap pagi kete sy kena blok coz kat situ derang suke double parking. nak wat camne, tepaksa..maka, tiap2 pagi gak la sy keje menolak kete..kalau ada yg baik ati, tolong2 la gak menolak. kalau tak, tpakse tolak sorang2...huhuuu...

~aSFaLiZa~ said...

nARd eLainY : tolak kete org tu. Huh! sakit hati kan...

nARd eLainY said...

mmg sakit ati..tapi lagi sakit ati bila orang tu tarik hand break and kta tpaksa hon kuat2 bg owner tu sedar and gi alih kete dia. adeiii~

cik daisy said...

mmg sombong & bongkak! mentang2 kite dah rendah diri mntak maap.. tambah eksyen plak dia yer..

~aSFaLiZa~ said...

cik daisy : mmg eksen kak...langgar kang baru tahu

Anonymous said...

sorry kalau salah paham..tp bukan u ke yg 1st masuk parking umah dia ..?of coz la dia marah sbb u yg 'block' dia dulu..soal dia berfikiran waras or tak sbb tak parking tmpat lain, why not u yg berfikiran waras terlebih dulu utk x amik parking org..?lgpun sblum tu u u dah dgr bunyi2 mcm org nk pindah kan...why x amik langkah berhati2?lg 1, wpun u dh mtk maaf,jgn expect dia sejuk terus la..u pun baru kena block kejap dah hangin,cmana lak dgn hangin dia yg mybe tahan geram dgn u dr tengah malam?

Anonymous said...

umah xde org bukan lesen utk kita guna parking dia suka2 ati..umh sblh sy pun xde org tp sy xpenah parking kat dia sbb sy slalu pk mana tau ttiba tuan dia dtg time sy xde.cuba u pk, tah2 tgh mlm tu dia sibuk nk kena angkat barang ke,keta u plak menyibuk parking 'block' kwsan umah dia.ingat dia x hangin?silap2 dia lg hangin dr u pagi2 tu.sudah2 la u&follower u nk marah..mmg la u mtk mf,tp u yg salah dulu,bg la masa dia cool..ni nak expect dia terus snyum lps dgr maaf?u kira nasib baik apa sbb dia diam je,kalu dia sembur u blk sbb masuk parking dia..?berenti la dr nk rasa diri betul jek..

Anonymous said...

umah xde org bukan lesen utk kita guna parking dia suka2 ati..umh sblh sy pun xde org tp sy xpenah parking kat dia sbb sy slalu pk mana tau ttiba tuan dia dtg time sy xde.cuba u pk, tah2 tgh mlm tu dia sibuk nk kena angkat barang ke,keta u plak menyibuk parking 'block' kwsan umah dia.ingat dia x hangin?silap2 dia lg hangin dr u pagi2 tu.sudah2 la u&follower u nk marah..mmg la u mtk mf,tp u yg salah dulu,bg la masa dia cool..ni nak expect dia terus snyum lps dgr maaf?u kira nasib baik apa sbb dia diam je,kalu dia sembur u blk sbb masuk parking dia..?berenti la dr nk rasa diri betul jek..