LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 9, 2010

Rakan Suami Membawa Skandal

Entry ini bukan lah entry untuk aib kan siapa-siapa. Tapi saya sebagai individu yang geram telah melepaskan geram kepada suami. Okey saya ni siapalah nak sibuk-sibuk hal orang kan. Hish tapi memang geram lah tengok lelaki yang kita kenal sudah mempunyai anak bini datang ke tempat awam membawa perempuan lain.



Tak mungkin lah saya nak sebut siapa orang itu kan. Tapi ye lah, dah tentu-tentu dia kawan suami saya. Mahu saya tak bengang. Kiranya masa tu kami pergi ke majlis kawan suami kahwin. Of course lah semuanya kawan suami yang mana semua pun bawa keluarga dan rakan masing-masing. Pandangan saya memang terpaku lah melihat keintiman mereka yang berstatus skandal. Suami kata, perempuan tu cuma nak tumpang je ikut pergi majlis ni. Habis kalau kata memang nak tumpang dan memang kenal dengan semua orang, kenapa diorg berdua duduk bersendirian. Tak campur dengan kami.


Okey dah stop. Saya tak nak besarkan hal ni. Cuma saya sebagai perempuan yang bergelar isteri pasti akan dapat rasai kekecewaan isterinya bila tahu hal ni. Saya benci kepada orang yang tak jujur. Tidak setia kepada hubungan. Tidak menghargai kepada kebahagiaan yang sedia ada. Mencari kegembiraan yang hanya seketika di luar rumah tangga. Melihat keindahan daripada perempuan lain selain dari isterinya sendiri. Mencurangi janji. Meletakkan hati seorang perempuan macam sampah. Hati seorang isteri tidak akan mendoakan yang tidak-tidak kepada suaminya walaupun tahu hal sebenar kerana isteri  tahu itu adalah suami yang wajib untuk ditaati. Tapi di mana nilai kesetiaan dan kewajipan yang telah ditabur untuk suaminya?


Ingat bang, Abang jangan nak buat macam kawan abang tu pulak. Haru satu dunia ni nanti.


Ni adalah entry bermotif amaran kepada suami

2 comments:

cik daisy said...

itu yg akaq pelik pd lelaki camnih. apa perlunya kahwin kalo semata2 nk menyakitkan hati seorg wanita yg bergelar isteri? kalo dah kahwin, tumpukan perhatian sepenuhnya tggjwb pd isteri & anak2. mane lar x byk gejala2 sosial skrg nih. kalo dah BAPAK wat angkara dulu! grrrr..

~aSFaLiZa~ said...

sabo2. bila pk skt hati dgn lelaki rasa mcm tak nk kawin je tau