LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 6, 2010

Air Tangan Mama

Kami suami isteri telah memberi Rayyan Adam makan sejak dari umurnya menginjak 4 bulan lagi. Kami tak gusar sebab doktor pernah advise untuk mulakan pemakanan anak seawal 4 bulan. Lagi pun baby ni baby boy kan. Anda pun tentu tahu selera baby boy ni agak tinggi berbanding baby girl. Sebelum ni Rayyan Adam hanya makan bubur beras cap Nestle yang berperisa soya dan epal. 


First time masakkan Rayyan Adam bubur. Berdebar-debar pulak nak tengok reaksi dia. Cewah-cewah. Hari ni macam wujud kerajinan mendadak nak menjamu Rayyan Adam yang saya cipta resepinya yang mana ikut suka hati saya nak campak apa. Yang penting beliau akan makan dengan ganasnya kerana Rayyan Adam memang seorang yang sangat kuat makan. Meh la rasa air tangan mama sayang.


Mula-mula masak bubur macam biasa lah


 
 Kemudian ambil sehelai sawi yang dibasuh bersih


  
 Sawi diracik halus


  
 Campurkan ke dalam bubur yang sedang dimasak


  
 Bubur yang telah siap dikisar halus


 
Hmmm beginilah hasilnya yang errkk tengok macam tak sedapkan? Tapi apa nak kata dah namanya bubur baby. Saya cuma tambah garam sikit je bagi penambah rasa.

2 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

beshhh nya akak ada beby.

nak jugakkkkkk :-)

didik rayyan adam ngan sempurna oke ?

Unknown said...

oh akhirnya kamu jengok juga di sini. toce toce. nti akak didik rayyan adam jadi bloger berjaya mcm kamu yek