LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 6, 2010

Apple Emac Computer



Hari ni punya cuba jaya berhasil. Dah seminggu cuba install maxis broadband kat apple emac computer ni. Ikutkan hati yang panas ni memang dah nak baling kat longkang. Tapi sabar seorang ibu menguasai diri. Cewah


Apple emac ni lain dari komputer biasa. Entah apa yang lainnya saya pun tak tahu. Tapi memang lain. Banyak lainnya. Nak tahu lainnya apa, tanya orang yang buat bendalah ni. Microsoft office pun tak de. Entah apa-apa.


Lagi pun benda ni murah je saya beli. Beli dengan big bos 200 hengget jek. Errkkk pasni saya tak tahu la kalau boleh dapat harga macam tu yek. Kena tanya dia lah kalau nak.


Disebabkan apple emac ni suami yang nak pakai, saya dah minta upah. Mana tak nya, dengan Rayyan Adam lagi. Kejap-kejap dia nguwek minta susu. Lepas tu karang nangis berak. Hadoiiiii!!!! Dan yang paling penting masa call customer service minta bantuan teknikal saya punya lah takut Rayyan Adam menangis, sambil buat loudspeaker sambil cakap dengan orang broadband tu sambil dukung Rayyan Adam. Gilos. Eeee nasib baik jadi lah.Rayyan Adam ni kalau dah besar tak pandai jadi programmer tak tahu lah mama dia dah train sejak umur besar ni lagi.


Saya bukan lah isteri yang kejam minta suami upah belanja kat hotel 5 bintang. Saya cuma minta suami belanja asam pedas kat Pasar Borong Melaka tu je. Nasib dia lah tu memang feveret saya.


Dan 1 lagi nasib lah kerja kat compony IT yang ramai orang teror IT. Diorg la yang banyak pengaruh saya jadi pandai macam sekarang. Cehcehceh...Kalau tak serius memang tak pandai. Yang paling penting nak install maxis broadband ni diorg tak de ajar. Saya buat sendiri okey. Hehehe

2 comments:

faeza88 said...

fuyyooo cmptr apple tuu...
mmg lain sikit..xpe laa jnji leh online kan ekekeke

~aSFaLiZa~ said...

tahu tak pe. janji blh update blog