Ok lah wei. Dah 7 tahun guna maxis. Setia ok. ni la nombor pertama hingga selamanya. Daripada start pakai top up dulu, sampai la tukar ke post paid, tetap guna maxis. Dan ini lah yang dijaga kesetiannya.
Ikut kan dah berapa kali dah saya merungut pasal maxis dalam blog ni. Siapa rajin baca boleh la nak refer entry 1, entry 2, entry 3, entry 4, entry 5 dan ada banyak lagi yang lain.
So now full stop for maxis. Tak nak lagi pening kepala dah.
Majoriti kawan kat opis adalah pengguna Celcom. Diorg banyak nasihat suruh tukar ke celcom because talian celcom adalah murah.
I am serius ok. Maxis kata pelan dia untuk pekej family adalah free sesama family. Tapi, celah mana yang murah? Celah mana yang free?
Sekali dua tak pe line aku kena bar. Tapi bila dah kerap sangat, kau ingat aku nak ke pertahankan kesetiaan aku ni. Dan banyak kali juga kesabaran aku tercabar.
Aku rindu laki aku, aku rindu anak aku, aku rindu mak aku. Aku sendiri ok kat sini. Kalau dah telefon kena bar, laki aku terkedek-kedek macam bangla bawak anak pergi public phone.
Ok dah malas nak merungut-rungut lagi pasal Maxis. Kalau bos dia baca or orang atasan baca statement dalam blog aku ni, please be remind is customer always right.
Berbalik kepada celcom. Kalau anda nak bertukar dari talian maxis ke celcom menggunakan nombor yang sama, anda perlu tahu perkara tersebut
- Pastikan anda tiada kontrak bersama maxis. So pasti segalanya berjalan lancar
- Kalau anda tiada kontrak bersama maxis, bermakna anda hanya perlu menjelaskan bil terakhir anda bersama maxis sahaja tanpa perlu membayar apa-apa wang cagaran kepada pihak maxis
- Untuk penukaran 1 nombor maxis menggunakan line celcom, anda perlu membayar untuk 1 nombor RM80 kepada celcom (mungkin ini sebagai cagaran sebab anda tidak menggunakan nombor celcom)
- Jadi, kata lah anda ada no supline di bawah anda, anda perlu membayar RM80 untuk setiap 1 nombor yang hendak digunakan. Kalau ada 3 nombor, bermakna 3 nombor x RM80 = RM240. Ok jelas?
Memandangkan, saya ada 3 nombor untuk ditukar, RM80 untuk 1 nombor adalah mahal ok. Hari demi hari, harapan tu semakin dilupakan... Banyak cabang nak digunakan untuk duit sebanyak RM240 tu. Beli baju or shopping kat JJ lagi syok guna duit banyak tu.
Tup-tup, rezeki Tuhan ni kadang-kadang kita tak boleh nak duga. Adalah mamat yang suara nya saya kira mungkin hensem kot rupa paras nya. Huhuhu.
Bla bla bla bla kata, nombor puan terpilih untuk mendaftar secara percuma ke talian celcom. Jadi puan tidak perlu membayar apa-apa pun kepada pihak celcom
Macam tu la lebih kurang ceritanya. Free ok free!!!! So, no payment for RM240 untuk 3 nombor yang berkenaan. Nombor saya, nombor suami dan nombor emak. Lalalalala!!!
I luv u CELCOM
Ok tak nak over ghiarah sangat. Belum cuba belum tahu orang kata. Jadi kita tengok lah celah mana pulak celcom ni kata line dia murah dan best.
So kawan-kawan, don't worry. Aku tak tukar nombor. Aku just tukar line jek. Aku pun memang tak suka orang yang suka tukar-tukar nombor ni. Dan sebab tu aku setia dengan maxis selama ni.
Bye-bye maxis kalau selama ni aku banyak lukakan hati kau. Ala.. Selama aku pakai pun, cuma time besday aku je kan kau bagi aku free call kat semua line maxis. Lain-lain hadiah, ada kau kasik aku? Apa cer beb?
Pssstttt.... akak ipar saya dapat hadiah smart phone dari maxis sebab guna data line maxis. Saya adalah jeles ok!!!! Sentap!!!!