LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 30, 2013

29/03/2013 Bersamaan 29 Tahun

Alhamdulilah... Akhirnya sampai juga ke tahun yang ke 29 hari ni. Segalanya dengan izin Allah...


Kebanyakan angka, saya memang suka kan angka 29.


Sangkaan pada tahun 29 ni berat badan saya adalah yang terberat sepanjang hidup ni. Rupanya semakin susut.... Berat badan, tolong lah bagi kerjasama ye demi baby.


Apa pun di saat ini, tiada yang lebih bermakna dengan dikelilingi oleh insan yang penuh kasih sayang di sisi. Syukur pada Mu Tuhan atas kurniaan nikmat ini.


Awalnya, sangat frust bila orang sebelah bantal lambat gila wish besday kita. Dia dah pergi kerja baru nak sms bagai. Pagi pergi kerja hanya dapat ciuman biasa je. Ciuman besday yang luar biasa yang diharap kan hampa....


Sang isteri merajuk....


Balik kerja petang tu, suami usaha mencari kek kegemaran isteri. Bertanya sana sini kat mana ada kedai kek Melayu.


Dan akhirnya, hilang rajuk si isteri. Terharu..... Sobsobsob....  
    

Cheese cake. Saya memang suka makan cheese kek. Suami tak suka walaupun dia hantu kek. Tapi demi tekak isteri tercinta katanya




Ni pun suami yang kemas-kemas sebab nak pujuk isteri punya pasal. Sekali lagi hilang rajuk. Huhuhu



With my lovely son Rayyan Adam



Tiap kali tiup lilin pun semua besday dia. Over eh



Sayang mama!!!





Potong kek pun tangan dia mesti wajib ada. Kalau tak memang amukan ablasa uols



Anak dah boleh diharap snap gambo mak bapak





Selesai acara potong memotong, cium mencium, suap meyuap kek....

3 beranak duduk kat luar kononnya nak amik angin luar sambil nyalakan lilin besday tadi.

Jiran yang ternampak ada yang menegur, romantiknya.... Ahaksss!!! Romantik la sangat






Lastly....Alhamdulilah...

Syukur yang tidak terhingga...

Pada mak juga yang tak jemu melayan karenah saya sepanjang kehamilan ni.

Sumpah kali ni sangat lain dengan yang pertama. 

Betul-betul menguji iman di dada

Semoga kesihatan saya dan baby baik-baik saja

Mar 26, 2013

Musim Panas

Sekarang musim panas
Kebetulan suhu ibu mengandung memang panas
Segalanya panas
Bila panas, kadang-kadang tak boleh berfikir dengan waras
Hati tolong la jangan ikut panas jugak ye



Alhamdulilah rezeki sarat mengandung di kala musim panas. 
Betul-betul menguji iman dan kesabaran



Mar 25, 2013

Menjadi Pengasuh

Kerana saya juga seorang ibu saya cuba menolak satu je pekerjaan dari rumah yang sangat mulia.


Sebenarnya sejak saya berhenti kerja, ada je beberapa orang yang mencadangkan saya menjadi pengasuh.


Serius, di kawasan perumahan tempat tinggal saya ni memang ramai ibu bapa yang mahu anak mereka dijaga oleh suri rumah berbanding dengan taska. Bukan tak boleh buat duit. Setakat duduk rumah jaga anak orang, hujung bulan dapat bayaran. Mudah kan?


Saya bukan tak berminat. Tapi percaya la. Saya juga seorang ibu yang mahukan kalau boleh tumpuan menjaga anak saya haruslah diperhatikan 24jam 100%. 



Kita sedia maklum hati manusia ni sangat subjektif. Kita tak tahu apa yang tersirat. Malah yang tersurat juga kita tak perasan. Banyak benda nak kena diperincikan bila mengasuh anak orang lain.


Makan, pakai, tidur, persekitaran, kesihatan, masa kita lagi etc. 


Dan jika segala keperluan dan kehendak ibu bapa yang mungkin sedikit cerewet tak dapat dipenuhi pastinya saya juga mengundang dosa kerana seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.


Oh bukan bermakna saya menulis ni sebab ada ibu bapa cerewet yang nak hantar anaknya kat saya. Tapi saya pernah lihat ibu bapa yang terlalu cerewet yang agak tidak munasabah permintaannya. 


Dan bukan lah bermakna saya adalah antara ibu bapa yang terlebih cerewet itu. Nak kata cerewet tidak. Tak cerewet pun tidak. Cuba bertindak secara bertempat dan logik akal jika anak saya dijaga oleh orang lain.
    

Mar 22, 2013

Pavlova In The House

Tak canggih la kan kalau tak reti buat pavlova sendiri. Cewah!!!



Disebabkan tekak ni meronta-ronta nak makan kek. (ni pun kategori kek jugak kan)

Disebabkan jiran saya kasik buah strawberry

Disebabkan saya dah tak malas untuk bukak oven

Disebabkan semua bahan pun memang ada dalam rumah ni


So terjadilah pavlova dealova in the house 




Buah limau tu adalah belen buah limau masa raya cina yang tinggal sebijik je tapi tak laku tak dek sorang pun sudi nak makan dia. Dengan hiasan buah limau mandrin tersebut menambahkan lah lagi kekreatifan saya. Huhuhu





*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
          








Psttt Psttt Psttt Psttt!!!!!


Ada 1 rahsia tau di sebalik pavlova dealova ni....


Tapi mana yang dah tahu lepas ni jangan bagi tahu siapa-siapa tau!!! 


Diam-diam dah la ye 











Erkkkk??? 1st timer adalah dimaafkan.


Pasang Badan

Saya : Lepas bersalin ni, sayang tak kira. Nak pasang badan balik. Nak cun macam anak dara dulu

Suami : Badan sayang sekarang kenapa? Ada yang tertanggal ke?



Hampeh je kan???



Mar 21, 2013

Sarat

Usia kandungan baru 6 bulan kot. Tapi saya rasa saya dah sarat sangat. Pusing kiri tak kena. Pusing kanan tak kena. Rasa berat sangat badan ni. Kalau boleh elak duduk kat bawah memang saya elak. Sebab nya saya rasa saya susah nak bangun.


Sungguh pun begitu (ayat macam ayat karangan)... Berat badan saya sangat tak memberangsangkan. Sejak awal kandungan 53.4 kg. Ni 5 dan 6 bulan statik 56.9 kg. Misi dah bising-bising tanya saya makan macam mana kat rumah bla bla bla....


Tapi saya tak tipu!!! Saya memang dah gemok. Saya tanya suami pun dia kata memang badan saya dah naik. Tapi tang perut je la. Lain-lain tempat yang tak de kaitan tak berubah.


Dan mengandung kali ni mungkin atas faktor saya ni suri rumah, saya rasa saya agak kurang bertenaga. Kalau dapat ruang untuk tidur, memang saya takkan lepaskan peluang.


Ala.... tidur saya pun bukan lena sangat. Dengan musim panas nya ni ha. Kejap-kejap bangun sebab peluh dah berjujuran. Muka, kepala, badan semua lencun basah. Kalau dapat nak je tidur bogel.


Kalau mak ada memang tak lepas kan peluang untuk tidak memasak. Melepek je keje saya. Tengok tv pun tidak. Berblog ni, kalau kena gaya adalah entry. Kalau tak, suram je la. Paling tidak pun ber fb.


Kadang-kadang rasa macam tak sabar nak melahirkan sebab saya nak cepat-cepat keluar dari mood suam-suam kuku ni. Tapi tu la. Kang dah beranak, rindu nak rasa tendangan baby dalam perut pulak. Memang semua ibu akan ada perasaan yang macam ni.

Jom Hisap Rokok

Sesekali bila tiba bosan melanda, buat apa pun tak kena gaya. Pusing sini tak kena. Pusing sana tak kena. Hmmm...



Saya : Bang sayang bosan gila ni!!!

Suami : Habis, sayang nak buat apa?

Saya : Tak tahu. Sumpah bosan ni.

Suami : Jom hisap rokok nak? Abang hisap rokok sebab abang bosan tau.

Saya : Ha boleh jugak. Bak la sebatang. JOM!!!



Last-last berdekah dua-dua laki bini bantai gelak. Hilang terus mood bosan  
 

Mar 20, 2013

Baru Nak Pujuk

Bila kita dah merajuk, jalan baru nak pimpin tangan kita

Bila kita dah buat muka, jalan baru nak peluk-peluk pinggang

Kalau tak ditinggal kan kita ni termengah-mengah jalan sorang-sorang kat belakang.



Time ni depan mak mertua pun tak malu nak peluk-peluk kita.


Tu la orang lelaki. Kena merajuk. Kena buat muka. Kena saiko. Baru nak kasik perhatian. Huh!!!!



Mar 15, 2013

Tips Pujuk Anak Ke Sekolah

Sedikit tips dari saya yang tak seberapa ni.


Now Rayyan Adam 3 tahun 6 bulan. Dah sekolah bagai. Kalau ikut tahun dia dah 4 tahun pun.


Budak umur cenggini sangat mencabar mental dan fizikal bila dipaksa bangun pagi nak pergi sekolah.


Paling mencabar ialah 2 perkara penting iaitu tidur awal dan mandi pagi.


Ok saya mula tentang cabaran tidur awal pada waktu malam. Sebelum ni memang Rayyan Adam manusia yang suka tahan mata dia walau ngantuk macam mana sekali pun. Dia sanggup melangguk depan tv semata-mata nak hadap karton. 



Tips pujuk anak tidur awal

  • Saya akan bagi dia makan nasi seawal 8-9 malam. Yang penting tak terlalu malam. Alhamdulilah selera dia terhadap nasi amat memberansangkan. Kalau dia terskip makan nasi or makan malam yang lain, tidur dia tak lena. Kejap-kejap dia bangun minta susu. Dalam kadar 3-4 kali untuk semalam. Jadi kami akan pasti kan dia kenyang sebelum tidur.

  • Psikologi. Ni paling penting and parents kena pandai pujuk. Bagi tahu dia masuk tidur awal sebab esok pagi-pagi nak pergi kedai or what else. Janji je apa-apa. Contoh nya, jom tidur sayang. Esok pagi mama ngan ayah nk pergi kedai beli mainan/roti/aiskirm. Janji kan benda-benda yang dia suka. Budak macam ni akan termakan janji kita tau. Percaya lahhhh. Dan yang paling penting, janji mesti ditepati. Kalau nak selamat, lalu depan kedai yang belum bukak. So dia tahu, oh kedai belum bukak. Esok je la beli.        


Tips pujuk anak mandi pagi

Ni pun 1 hal lagi yang banyak sangat menguji kesabaran kami pagi-pagi. Memang susah nak pujuk dia mandi pagi. Weols memang tak ajar dia mandi air panas. Takut bawak ke besar pulak takut mandi air sejuk.
  • Sebelum dikejut kena buka siap-siap baju dia. Kalau buka dalm keadaan sedar dia akan melawan. Badan kita sakit, dia pun lagi sakit. Dah bogel bagai baru kejut baik-baik

  • Bergurau!!! Geletek!!! Bagi mood yang baik. Contohnya kita tanya siapa nama dia. Then konon-konon kita cakap la nama kita Rayyan Adam. Ha masa ni emosi dia terganggu la kan. Dah tentu-tentu nama dia Rayyan Adam. Apasal pulak nama mama ngan ayah pun Rayyan Adam. Ni contoh je la. Ada banyak cara nak gurau nak tarik perhatian mood dia pagi-pagi ni.

  • Jangan marah tau. Tapi sesekali kalau dah tak tahan memang terpaksa marah. Situasi nya macam ni. Mama marah, ayah pujuk. Ayah marah, mama pujuk. Ala bukan marah betul-betul pun. Berlakon je kasik gertak. Rayyan Adam budak yang makan pujuk. Dia ok je kalau ada orang pujuk dia.  
Tu je la kot. Ala lain orang lain cara. Ni cara kami. Tak de belajar kat siapa-siapa pun. Lagi pun ni baru anak sulung. Esok-esok tak tahu pulak ragam anak yang lain. Lain anak lain ragamnya. Harap-harap semua anak-anak tak menyusahkan kita kan... 

Mar 12, 2013

Boy or Girl

Sehingga setakat entry ini ditulis kandungan saya lebih kurang 25 minggu.



Biasanya minggu ni dah tahu kan jantina baby. Tapi belum berkesempatan lagi nak menjengah siapakah di dalam perut ni.



Hati ni memang meronta-ronta tau nak tahu. Sebab nya nak membeli barang baby mengikut jantina la kekdah nya. Bukan lah membeli besar-besaran pun. Barang-barang Rayyan Adam 99% akan digunapakai semula.



Oh pasal jantina baby ni of cos la kalau orang tak tanya pun, jauh di sudut hati saya ingin kan anak perempuan. Kalau dah sepasang mestilah seronok. Tapi ni semua kerja Tuhan. Kita tak menolak segala pemberian rezeki kurnian-Nya.



Dan jika sekiranya yang lahir ini baby boy, saya tetap terima dan bersyukur kerana ini semua amanah Allah. Tiada nikmat paling indah selain dapat merasa menjadi ibu mengandung untuk kesekian kalinya.



Pendek kata saya memang suka jugak dengan baby boy sebab suami saya akan ada ramai sahabat baik kelak.



Sekarang ni pun dah jelas yang Rayyan Adam dengan suami saya memang kamcing habis. Tak de gaduh-gaduh pun. Kalau ayah dia marah, dia akan tutup mata and masuk bilik bawak diri. Tak lama, ayah masuk bilik pujuk balik anak bujang nya. So sweet ok.



Dan alhamdulilah.... Rayyan Adam sangat mudah dijaga kedua kami. Semoga dia akan menjadi abang dan anak yang soleh untuk menyenangkan hati semua orang. Semoga Rayyan Adam berjaya dunia dan akhirat.



Tak lupa juga untuk baby mama yang kata dalam ni ye sayang    



Rindu Bertamu Di Abu Dhabi & Khabi Kushi Khabie Gham


Siapa perasan cerita Rindu Bertamu Di Abu Dhabi adalah sebijik sebotol dengan cerita Khabi Kushi Khabie Gham????


Setelah ditelek belek memang jalan cerita 99% sama. Adalah sikit-sikit yang tak sama. Contohnya dalam cerita tu dia 2 beradik je. Cerita ni 3 beradik.



Pelakon
  • Shah Rukh Khan = Fahrin Ahmad
  • Kajol = Tasha Shiela 
  • Rani Mukharjee = Fauziah Goas
  • Amitabh Bachan = Dato' Rahim Razali
  • Bini Amitabh Bachan (tk tahu nama) = Lidyawati
  • Ritik Roshan = Aiman mentor
  • Kareena Kapoor = Adik Tasha Shila tu (pun tak tahu nama)
  • Nenek Shah Rukh Khan = Nenek Fahrin
  • DLL




Jalan cerita pulak 
  

  • Shah Rukh Khan & Fahrin dua-dua sama-sama anak angkat

  • Kahwin dengan bukan pilihan ayahnya

  • Shah Rukh Khan lari pergi London
  • Fahrin lari pergi Abu Dhabi 


  • Pilihan ayah Shah Rukh Khan = Rani Mukharjee
  • Pilihan ayah Fahrin = Faiziah Gaos


  • Kajol bawak jugak adik dia ke London = Kareena Kapor
  • Tasha Shiela pun bawak adik perempuan dia yang masih belajar


  • Adik Shah Rukh Khan si Ritik Roshan tu pergi London carik abang dia yang dah berjaya pun kat sana
  • Sama la jugak adik Fahrin si Aiman mentor ni carik abang dia yang dah berjaya kat Abu Dhabi
 
 


Ha tengok sama takkkkk????


Yang tak sama nya cuma dalam Khabi Kushi Khabie Gham tak de si jahat Faez tu lakonan Shah Jazel.


Hmm... ni baru sikit episod, pakar drama macam saya dah tahu dah apa akan terjadi seterusnya. 


Begitulah flash back saya 
 
 

Mar 11, 2013

Kenyang Sangat

Balik kampung. Sangat seronok gila!!!

Jumpa sepupu sepapat yang sekepala siap hantuk-hantuk kepala. Huhuhu!!!



Dialog yang diulang tanya oleh beberapa orang



Sepupu : Kenapa dengan perut ko ni??? Sambil mata ke arah perut yang memboyot ni

Saya : Makan terlebih. Kenyang sangat. Bad la bagi makan banyak sangat. Tu yang kembung ni. :)

Suami : Dia kalau boleh hari-hari nak makan je keje nya.


Mar 8, 2013

Study Hard


STUDY HARD la sangat... Sampai tertido. Ada harapan jadi best student uols.







Mar 7, 2013

Pembawa Budak






Buku Latihan Singgit

Kat Melaka Mall sekarang tengah ada macam booth buku murah-murah. Banyak jugak la buku yang dijual murah gila. 


So apa lagi. weols tak lepas kan lah peluang menjengah.


Matlamat hanya mencari buku untuk si bujang sahaja. Main tarik-tarik je mana buku berkenan. Tarik pun laju-laju. Huhuhu. Dikhuatiri keadaan diri sendiri sukar dikawal.


Buku-buku kat situ jenis buku lama tau. Kena pandai pilih. Ada macam-macam. 


Weols pergi kat area pra sekolah punya. Yang harga singgit. Huhuhu. So target RM1 untuk 10 keping buku latihan Rayyan Adam. Jadik la. Cukup untuk saya buka tadika kat rumah. Muhahhahha!!!


Matematik




ABC



Mewarna. Yang ni kena lebih sikit sebab umur cenggini tengah syok mewarna




Pendidikan Islam



Ada banyak sangat kalau nak. Weols tak beli pun yang membaca sebab nak tumpukan pada menulis dulu. Esok-esok kalau A tu dah tak rupa H boleh la nak start membaca secara besar-besaran. 


Rayyan Adam kalau tulis huruf A mesti rupa paras H. Dia tak pandai tutup lubang atas tu buat bumbung. Erkkk... Faham ke tak ni. Huhuu




Lately rasa malas sangat nak tengok blog. Apa hal entah....