LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sep 24, 2012

Kemalangan Ngeri Simpang MITC





Ini sahaja gambar kemalangan ngeri simpang MITC pada petang tadi yang ada sempat saya snap.


Lebih kurang pukul 5.30 petang suami sms saya kata, jangan lalu traffic light MITC sebab jem teruk. Ada kemalangan. Memang waktu-waktu ni lah saya keluar amek Rayyan Adam.


So, saya pun lalu jalan short cut. Lalu jalan dalam kat Kampung Tun Razak. Then keluar kat kilang Mamee tu kan. U turn terus ke Ayer Keroh. Tengok-tengok kat traffic light MITC tu jalan tutup. Ada polis jaga. So, masa ni sesiapa yang nak ke arah Jasin terpaksa masuk ke Mydin dulu then kena lalu dulu depan Taman Tasik Utama.


Bila dah amek Rayyan Adam of cos la saya nak patah balik ke rumah, nak tak nak kena jugak lalu traffic light tersebut kan. Nasib baik jalan ke arah Jasin dia bukak macam biasa. Tapi ada polis la yang jaga.


Jem memang teruk. Tapi saya still tak nampak lagi apa sebenarnya yang berlaku. Tak nak terlalu ghairah sangat pun. Dengan kita bawak anak kecik kat sebelah. Apa yang penting kita kena jaga diri kita supaya hati-hati lagi.


Ye la... Time macam ni boleh je nak jadi kejadian sondol menyondol.


Oh masa saya snap gambar ni, saya macam Ya Allah ramai nya penonton. Serius macam pesta. Itu yang dalam gambar hanya 1 simpang je nampak orang berhenti. Simpang lain lagiiiii ramai.... Memang keliling semua manusia.


Kemalangan ngeri MITC ni berlaku sebelah kanan gambar. Ya Allah!!! Memang ngeri!!!


Melibatkan 3 buah lori, beberapa buah kereta (saya tak pasti berapa), dan juga motor.




Saya upload lagi sekali gambar ni untuk menggambarkan kejadian sebenar kemalangan.


Punca sebenar dari salah satu lori besar yang mana break nya tak berfungsi. Lori tu lebih had muatan. Datangnya dari arah hadapan saya. Keadaan jalan menuruni bukit. Of cos la laju kan. Sebab turun bukit. Dengar kata nya sebab lori tu lari daripada JPJ. Ye la.. Memang katanya pun lebih muatan. Tengok gambar-gambar lain daripada sumber lain pun memang lori tu besar and banyak barang.


Tapi malang tak berbau, break tak berfungsi. Dan kebetulan lampu isyarat dari arah kiri gambar hijau. Sebuah kancil lalu betul-betul lalu depan lori. Lori cuba mengelak ke kanan gambar, tapi kena jugak. Dalam masa yang sama, kenderaan yang sedang menunggu lampu merah di kanan gambar juga menjadi mangsa keadaan. 






Dan di sini la... beberapa buah motor menjadi mangsa maut. 


Nasib baik kenderaan yang berada di kanan masa ni terdiri daripada 2 buah lori. Kira lori ni besar la kan. Kalau la lebih banyak motor and kereta kecik-kecik, memang tak tahu la berapa ramai lagi nyawa yang tergadai.


Antara mangsa kemalangan maut Simpang MITC ni ialah pemandu and kelindan lori tadi. Mangsa tersepit. Sebelum mati sempat kot cerita kat orang-orang yang cuba selamat kan mereka.


Mangsa dalam lori tersepit teruk dek kerana muatan lori yang telah mendak ke hadapan tempat duduk. Keadaan susah nak selamatkan mereka....


Dan dengar cerita lagi, mangsa yang naik motor tu tertimbus dengan lori pasir (lori pasir antara mangsa keadaan lori tadi jugak)


Serius saya tak tahu nak gambar kan apa yang saya rasa saat ini. Saya rasa takut. Saya rasa sedih sebab benda ni melibatkan kemalangan jiwa. Semuanya bercampur baur. Saya hari-hari lalu sini hantar anak pergi sekolah. Memang ini lah laluannya. Benda ni semua kita dah elak dan hati-hati. Tapi tengok!!! Ramai yang jadi mangsa keadaan.


Ye... Benda dah pun jadi. Bukan nak salah menyalah. Tapi tolong lah hati-hati. Awak yang salah. Kalau nak lari pun lari la. Siapa pun tak kisah. Tapi tolong jangan melibatkan kesalahan awak bersama orang lain yang tak bersalah.


Disebabkan perkara-perkara macam ni la, bila saya memandu, saya akan elak untuk berada dekat dengan kenderaan besar seperti lori dan bas. Tapi tu la... Kalau dah elak pun bukan kita boleh sangka dia nak datang dari mana...


Apa pun ucapan takziah dan Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam. Semoga roh mereka dicucuri rahmat... Ammin...


4 comments:

Unknown said...

Ya Allah kesiannyer... Sadis la lori tu... Disebabkan kesalah dia banyak nyawa yang terkorban... Hati-hati la aik..malang tak berbau.

DSA said...

Bukan salah driver lori tu..dia ikut arahan bos dia je..bos dia yg patut dipersalahkan sbb isi muatan lebih had.

Fyda Adim said...

Paling ngeri kan eksiden nie..depan opis akak pulak tue..dahlah nie tmpt kita lalu hari-hari.

Drew Norris said...

Looved reading this thank you