LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 14, 2012

Iftar @ Hotel Bay View

Khamis lepas office mate suami telah dibelanja oleh vendor kilang mereka. Geng-geng mereka membawak la anak beranak berbuka di sini. Alhamdulilah dapat makan free...


Waktu ini pulak saya kurang sihat. Saya cuit-cuit je makanan yang ada. Macam-macam ada pun semua nampak biasa-biasa je. Maklumlah kurang sihat.


Suami komplen kata, dia tak syok tengok saya makan cuit-cuit je.... Dah tak sihat nak buat macam mana.


Kebetulan pulak si bujang ni dalam keadaan teruja di sini. Apa tak nya. Nampak air pancut nak main kat air pancut. Nampak swimming pool nak terjun dalam tu. Gugur jantung mak ni tau.



Bila dah start buat perangai, dia tumpah kan air pulak. Nasib baik mak nya ni tak bertukar jadi rimau. Tapi melalak la jugak bila kita jengilkan bijik mata ni. Dah isteri-isteri orang lain tanya saya kenapa tu nangis... Nasib baik la diorg pun ada anak kecik yang sama nak naik jugak macam Rayyan Adam. Tak de la rasa macam anak kita je yang tak reti dok diam















Mula-mula para isteri ramai gak berborak sama-sama. Suami-suami perli we all buat mesyuarat PIBG. Huh!! Alhamdulilah para isteri ni semua boleh masuk. Ok la semua pun best
 



Memandangkan gambar saya banyak dalam fb kawan suami, maka saya amik dari fb dia je la. Saya letak gambar makanan je la ek. Kredit to Abang Mi ye untuk gambar di atas.





Sate. Wajib amik dan wajib makan kalau kat mana-mana hotel pun



Kambing bakar. Pakkal je saya tak sihat. Kalau tak mesti 10kali ulang alik saya kat tempat memanggang tu. Saya memang suka makan kambing bakar. Nak belajar la masak sendiri la. Nak makan sampai pengsan



We all suspek budak kecik ni makan keropok ni la yang tumbuh gatal-gatal kat badan dia esok nya tu



Ayam apa entah namanya. Tapi sedap... Tu la saya kata. Kalau saya sihat mesti lagi banyak dari ni saya makan



Kuih muih ni pun suami yang amik. Saya tak larat dah nak round tengok apa yang ada



Ni pun suami yang pilih n dia yang makan sorg. Kalau ada udang nak jugak saya makan. Tapi memang dah tak kuasa nak pandang apa-apa dah lagi masa ni



Nak tak nak pergi amik aiskrim nak bagi dia dok diam. Diam kejap je la.



Macam tu la kisah kami berbuka di luar untuk Ramdhan kali ini. Tahun depan moga ada rezeki yang lain lagi ye untuk kita semua

2 comments:

Cinta Misteri said...

Mkn cuit2 rugi tau..hehe

Salam ramadhan, salam syawal

Sherwieyna Muzzawer said...

wah meriahnya makan ramai2..mesti bestkan..