LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 14, 2012

Rutin

First of all nak bagi tahu ni bukan entry merungut. Tapi sekadar cetuhan rasa dan mungkin sekadar memori yang dikhuatri akan dilupakan. Makanya lebih baik saya mencoretkan apa yang pernah saya lalui.


Sejak 4 tahun mendirikan rumah tangga, saya belum pernah merasai menguruskan rumah tangga sepenuhnya pada setiap hari. Urusan rumah tangga saya sebelum ni hanya berlaku pada hujung minggu sahaja. Bila Isnin menjelma, tugas saya sebagai isteri dan mama berhenti seketika.


Waktu pagi saya biasa la seperti isteri-isteri yang lain. Tergopoh-gopoh menyiapkan diri sendiri untuk ke tempat kerja. Barang-barang Rayyan Adam memang saya dah siap kan dari malam sebelum nya. No breakfast for my family sebab suami kata no need. Dia biasa minum dengan officemate. Dan kalau saya rajin, saya akan buat bekalan untuk diri sendiri sahaja. Rayyan Adam hanya dibekalkan sebotol susu sahaja.


Dan kami suami isteri bekerja seperti biasa dengan tugas masing-masing.


Petang pula, suami akan amik Rayyan Adam dulu di nursery dan baru la ke tempat kerja saya untuk pulang bersama-sama.


Sampai rumah, start la saya bersilat di dapur untuk memasak. Memasak adalah tugas utama. Kalau terdaya, saya akan memegang penyapu dan mop untuk clear kan lantai. Itu pun mengikut kemampuan tenaga yang ada.


Kain baju akan di mesin juga mengikut kemampuan tenaga yang ada. Pokok nya, memasak adalah perkara terwajib.


Cuma, apa yang membezakan saya dulu dan sekarang ialah waktu tidur. Kalau diikutkan, saya adalah seorang yang boleh bertahan matanya sehingga ke pagi. But now semuanya telah berubah.


Bila segalanya selesai, tak kira pukul berapa waktu itu, pasti saya tak akan melepaskan peluang meregangkan urat di tilam yang empuk.


Sekarang ni paling lewat saya akan masuk bilik pukul 12 tengah malam. Kalau ada ruang dan waktu pastinya pukul 10 or 11 malam dah boleh berehat. No TV TV dah sekarang ni. Pada hal saya la ratu drama kat TV tu. Kalau dulu tak boleh miss cerita apa pun. 


Dengan Seindah Sakura nya, Ameera la apa ke. Dah tak de dah. Bolayan semua tu. Selagi boleh layan anak dan suami dah cukup memadai buat saya sekarang ni. Dan begitu lah setakat ini rutin saya. 


Oh ye, kalau ada orang order apam polka dot, mana yang terdaya tidak akan saya tolak. Tang tu memang saya akan tidur lewat jam 1 pagi bergantung berapa banyak yang di order. Suami dan anak sangat memahami. Asalkan perut mereka sudah diisi, semuanya ditanggung beres.


Alhamdulilah dengan nikmat yang Tuhan kurnia kan pada kali ini

1 comment:

cikcloudy said...

salam singgah... you r living my dream.. ada anak, ada suami... best nyer... :)