LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 13, 2012

Layang-Layang

Ni weekend yang entah bila. Pasal nya tak menyempat nak update. 


Masa tu, lepas hantar customer punya order, sesaja je la menyinggah Pantai Klebang. Nak layan teruna kecik tu tengok orang main layang-layang.


Setiap kali pun datang, kami hanya menonton je la. Kali ni saya cakap kat suami, kita beli je la satu layang-layang. Kesian kat Adam tengok je orang main.


Lalu kami pun membeli layang-layang dengan harga termurah RM5. 


Rayyan Adam begitu ghairah dengan layang-layang nya. Terlampau teruja. Menjerit-jerit suruh kita tengok layang-layang dia dah sampai atas. Tali nya langsung tak kasi kita pegang.


Kebetulan ada satu layang-layang besar melintas merentasi tali layang-layang Rayyan Adam. Jatuh.


Ayah naikkan semula layang-layang Rayyan Adam. Dan kali kedua ter-excident lagi di atas awang-awangan sana. Kali ni jauh menjunam terus tak nak naik lagi dah.


Rayyan Adam mengamuk. Menangis. Melalak. Terjerit-jerit.


Saya dan suami dan menahan nak tergelak. Ye la. Dah semua orang tengok gelagat Rayyan Adam mengamuk sebab layang-layang nya tak naik.


Anak saya bukan seorang budak yang mengamuk kalau gagal dengan apa yang dia nak buat. Kalau ada pun kejap je dah terpujuk. Tapi kali ni dia lain macam sikit. Sampai saya naik sebak. Saya macam kesian sangat bila tengok dia dah berusaha, tapi gagal. Maybe ni la perasaan seorang ibu.


Ini belum lagi dia dah besar and gagal dengan apa yang dia buat. Mesti saya turut sedih.


Saya dan suami cakap, Rayyan Adam mesti nak sangat main layang-layang ni. Mama dengan ayah janji ye sayang.. Lain kali kalau ada masa kita pergi lagi. Kali ni kita pergi awal sikit. Biar sayang main puas-puas. Hari tu, dah masuk maghrib dah. Bukan mama tak nak layan. Tapi hari dah gelap. Mama minta maaf tau.


Hal layang-layang pun mama touching tau



Mula-mula main dengan kuda yang ada kat sini. Belai-belai je la



Sebenar nya Rayyan Ada tkut dengan kuda ni.



Ni la yang mula-mula nak naik kan layang-layang


Nampak sangat dia happy dengan layang-layang nya kat atas tu. Tapi apa kan daya... Huhuhuhu. Lain kali kita main lagi ye sayang. Mama janji

2 comments:

nur anis said...

alala..kesian nya rayyan adam...nanti main lagi puas2 ye..

Mamamya said...

dulu2 awal2 mengandung rajin juga bawa anak2 ke sini..hampir tiap2 minggu...la ni dah sarat x larat dah nak ke sana... anak2 mmg suka tgk mcm2 jenis layang2 yg b'warna warni tu....(mamanya pun suka juga hehheee)