LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 18, 2012

Mak Demam



Semalam kan Hari Bapa. Tapi we all tak de buat apa-apa yang speacial like masak-masak ke apa ke. Sebab nya mak demam. Mak tak sihat. Mak batuk-batuk.


Pukul 4 pagi mak kejut saya. Memang kalau mak ada, saya takkan kunci setiap pintu bilik sebab takut apa-apa hal jadi kat mak senang saya pantau.


Mak kejut, mak kata nak pergi hospital sebab mak tak tahan badan mak lemah. Saya yang mamai mamai waktu tu macam... tak tahu nak cakap apa. Cuma tanya mak, mak nak makan tak sebab badan mak lemah sebab mak tak selera makan. Mak kata tak nak.


Then mak cakap, tak pe lah. Tunggu hari siang baru pergi hospital. Saya pun suruh mak baring semula and rehat. Saya tak rasa urgent sangat nak hantar mak ke hospital sebab dari pemerhatian saya memang mak cuma lemah sebab tak makan. Lain-lain penyakit mak yang kronik memang tak de tanda apa pun.


Dalam pukul 6 lebih pagi tu, mak panggil saya lagi dari dalam bilik. 


Saya discuss dengan suami, tak nak hantar mak ke hospital. Memandangkan hari ni hari Ahad. Kat emergency tak tahu la berapa jam kena tunggu. So, kami decide pergi ke klinik je. Suami cadangkan pergi ke klinik yang arwah mak nya selalu pergi. 


Try call klinik tersebut dan klinik buka hingga pukul 12.30 tengah hari. Pagi tu kami bersiap sebab takut jugak kalau klinik ramai orang.


Mak kata, kalau pergi klinik entah berapa kena bayar ni. Saya pun jawab tak pe, nanti  Bad bayar. Dah mak tak payah nak fikir-fikir sangat. Jujur nya saya sangat bersyukur sebab saya memiliki seorang suami yang langsung tidak melarang untuk saya menjaga emak saya sendiri wal hal jika dia nak, dia boleh saja melarang saya. Tapi syukur ke hadrat Mu Tuhan menganugerahkan aku suami yang baik. Malah, bil mak pun dibayarnya. Alhamdulilah.


Klinik yang kami pergi ni letaknya di Jasin. Yesss!!! Saya sangat suka dengan doktor ni. Nama klini dan nama doktor sama. Klinik Naharajan. Servis nya sangat bagus. Saya tak tahu la macam mana servis doktor pakar kat tempat lain. Tapi yang ni saya boleh bagi 100%.


Tak macam ada sesetengah doktor yang amik mudah je cek sana, cek sini. Balik makan ubat bla bla bla... Kekadang tu ada yang menuduh mak tak jaga makan la. Tak jaga cara hidup yang sihat la. Di blem nya terus mak yang dah tua tu. Tak de cara ke nak menegur mak saya yang dah tua tu. Geram tau bila ada doktor yang merungut-rungut nak cek kita. 


Pokok pangkal bukan dia tahu cerita sebenar pun. Ni main hentam je. Makin la panik orang tua tu. Kalau nak menegur pun biar kena dengan cara nya. Macam Doktor Naharajan ni. Dia ada cara nak menegur. Then dia tengok darah tinggi and kencing manis mak pun dia tahu mak seorang yang jaga pemakanan. Paling tidak pun dia cakap, durian tak boleh makan tau. Dan intonasi nya kena gaya untuk pesakit yang umur nya 61 tahun macam mak.


Oh saya bercakap mengikut pengalaman yang mana ada seorang doktor yang begitu kurang ajar menunding jari mak saya seorang yang tidak menjaga kesihatan. Intonasi yang sangat kurang ajar. Juga menyalahkan saya sebagai penjaga yang tidak peduli kesihatan mak saya. Juga menyoal siasat pekerjaan saya dan gaji bulanan saya. Perlukah soalan itu daripada seorang doktor. Dan saya sudah memg-complent servis doktor tersebut kepada yang berkenaan. Tapi tak de la berpanjangan kes nya.


Saya memang dah agak. Penyakit mak yang lain takde kaitan dengan demam mak kali ni. Kencing manis and darah tinggi semuanya normal. So, disebabkan mak lemah, doktor suggest untuk masuk air and ubat dalam masa 1/2 jam. Doktor nak suruh mak rileks-rileks je.


Now, mak dah mula ada tenaga sikit. Tengah berusaha untuk memulihkan emosi nya yang ada sedikit terganggu. Harap mak cepat sembuh dan semua di sini mendoakan kesihatan mak saya. Aminn...