LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 2, 2012

Mak After 2 Months


Ok now mak adalah sihat secara purata lebih kurang 70%.

  • Mak dah boleh bangun dan duduk sendiri
  •  
  • Mak dah boleh jalan sendiri tanpa berpimpin
  • Mak dah boleh mandi sendiri tanpa berteman
  • Mak dah boleh pakai baju sendiri (kadang-kadang je tersangkut baju tu kat belakang. terpaksa minta bantuan)
  • Mak masih berusaha nak makan pakai tangan tanpa pakai sudu
  • Jari kanan mak masih belum boleh digenggam. Mak kata ketat
  • Mak masih takut nak duduk kat bawah sebab takut badan dia terhempas. So mak takkan duduk kalau tak de kerusi atau tempat tinggi


Aktiviti mak 

  • Seminggu sekali pergi Unit Carakerja Hospital Melaka sebab nak latih jari/tangan kanan dia yang masih lemah. Kat sini best. Saya suka sume staff yang melayan mak. Macam-macam yang diajak mak buat. Contoh ajak main baling-baling bola. Susun-susun gelas plastik. Main-main sepit baju tu. Bagus sangat-sanagt cara diorg layan orang tua. Tahniah ye. semoga staff kat situ dimurahkan rezeki sebab berbakti pada orang tua.
  • Dua atau tiga minggu sekali mak belajar jalan kat Unit Fisioterapi Hospital Melaka. Kat sini pun ok. Cuma macam skema sikit kot. Tapi still ok lagi 
  • Unit pertuturan pulak mak pernah pergi sekali je. Lepas tu diorg kata tak payah datang lagi sebab dah boleh bertutur dengan baik. Alhamdulilah


Pengalaman saya sendiri sebagai anak yang menjaga ibu yang berkeadaan seperti ini maybe boleh la nak share  kat sini atau sebagai ingat-ingatan saya kelak. Apa yang penting sensitiviti mak kena jaga. Masa ni diorg sangat sensitif


Bukan apa. Takut tersalah cakap. Tersilap langkah. Pendek kata semuanya takut la. 


Mak kadang-kadang akan tanya, penat ke jaga mak?


Ya Allah mak... Kenapa lah mak tanya macam  tu. Percaya lah mak. Apa yang kitorg (anak-anak) buat ni bukan untuk dapat apa-apa balasan pun. Pokok nya semoga Tuhan bagi keberkatan dan rahmat buat kita sekeluarga. Amin...

6 comments:

@lfidah @dim said...

alhamdulillah..semoga mak as cepat sembuh..

adianiez AIDA said...

tu la dia 'emak' kan. dia plak tanya kita, penat ke tanya dia hmmm... dia yg melahirkan kita, jaga kita hingga kini, tu lagi payah...

nota kaki : today first time saya terjah blog ni. jumpa sewaktu blogwalking jap tadi. da follow, senang nak dtg lagi nanti. sudi la kiranya menjejaki saya ~ AIDA'S HOME SWEET HOME ~

Nazz@Purple said...

smoga mak akak sihat sejahtera..

shark said...

salam perkenalan dari saya :)

No Lan said...

Alhamdulillah..mak dah beransur2 sihat..syabas dan tahniah sebab menjadi anak yang solehah..

sebak la time mak tanya tu huhuhu...semoga as akan bertambah2 lagi rezeki lepas ni...semoga as akan tetap tabah menjadi seorang ibu..

mekchu said...

umur mcm dorang, mmg sangat sensitif kan.. tak boleh salah cakap, salah laku.. semoga semuanya kembali ceria..