LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 6, 2012

Jom Heboh

Jom jom jom jom heboh heboh!!!


Mak aiiii. Rayyan Adam kalau dengar lagu ni macam pelesit nak berjoget. Kalau kat rumah tak pe lagi. Ni kalau dalam kereta dengar radio. Terus meloncat dari riba mak nya ni nak berjoget. Ada hantu la lagu ni.


Makanya berhebohlah kita ke MITC Melaka melihat apa yang ada. Tak shopping pun sebab saya bukan peminat jajan sangat pun. Husband je beli kopi Ali Caffe kot yang tin tu. Harga sehengget 1 tin.


Mula-mula kan panas yang amat..... Terik tau. Lepas tu hujan renyai-renyai. Nasib baik dah balik baru lah hujan melebat. Kitorg anak beranak ni tak de la kisah sangat. Tapi kali ni kita membawak mak yang dah ok berjalan. Takut jugak kalau hujan lebat sape nak dukung mak. Wakakakka!!!


Masa ni mak jalan memang pimpin tangan saya kuat-kuat. Mak kata mak takut kena langgar. Huhuhu!!


Ala pergi pun tak lama. Tengok-tengok je buat syarat. Bosan pun ye jugak. Letih la tengok orang ramai (Tapi kau pergi jugak apa kes???)


Malas nak cakap banyak la. Tengok je la gambo ye dik non



Ni yang saya katakan panas terik sebentar tadi


Gigih aku nak amik gambo pelakon cite Juvana ni. Tak tahu nama pun. Amacam? Ada gaya wartawan hiburan tak?


Senyum sumbing dari seorang budak kacak yang telah berjaya mendapatkan lencana Boboboi. Exited hokey!!! 3 hengget melayang.



Kannnnnn.... Ini budak kuat sudah jadik tidak kuat meh. Penakut yang hamat melihat si badut. Hahaha!!! Lawak tau. Kuat dipeluk mak nya ni



Sedaya upaya merentap tangan ini pengacara 999 untuk bergambar. Eh dia ni ok la. Tak sombong pun. Sian kat mata anak tu. Sampai tertutup mata. Mak nya sibuk lahai nak bergambo



Dua beranak yang maintain tersenyummmmm


Makcik ni yang sedang sepenuh nya sihat gigih la jugak merentas orang ramai di sini



Ater kata peminat melodi. Ada peluang kita kejar hokey nak bergambo.



Kata tadi tidak membeli ye. Tapi tipu. Sebab saya beli ini stiker RM5



Kenari sudah bertukar menjadi harimau. Gambar ni ada gaya gosiip Khairul Fahmi dengan Dahlia Teck tak hari tu. Pantulan gambo dari cermin. Ke macam gosip Si Fida dengan Mamat Sepah. Cuba teka siapa yang berbaju belang hitam putih di belakang tu. Hahahaha!!! (Aku pun tak faham apa yang aku tulis ni)

3 comments:

nur anis said...

saya tak pernah pergi jom heboh..huhu

Mamamya said...

akak x pi pun asfa...x larat nak menempuh jem n org ramai+ panas lagik dgn anak2....tgk konsert jer kat TV ari ahad tu..

tp ari ahad ptg tu hujan lebat kan..ribut lagik..

munna said...

kak munna pernah pergi sekali je Jom Heboh kat Kuantan