Assalamualaikum....
Lama blog menyepi. Ada jugak yang mengontek by fon or fb bertanya kenapa sepi seribu bahasa. Selalu nya kepoh je kan mengupdate blog.
Lately banyak sangat Tuhan bagi ujian pada kami suami isteri. Macam-macam hal yang jadi. Harap-harap ada rezeki tersembunyi yang Tuhan memang nak kurnia kan pada kami sekeluarga.
First nak bagi tahu, Pak Long yang pernah saya blog kan cerita nya tempoh hari telah pun selamat kembali kepada Penciptanya. Innalilah... Rezeki mak dapat berjumpa dengan abang nya sebelum pemergian arwah. Kebetulan mak memang ada kat Johor semenjak sakit ni.
Cuma saya je la yang tak sempat nak jumpa jenazah. Terlalu cepat diuruskan. Tapi itu lebih baik kan. Menangis je la yang saya mampu dalam perjalanan balik kampung sebab terkilan arwah ada bertanya pasal saya beberapa hari sebelum meninggal.
Dan yang paling ketara kenapa saya berterusan menyepi kerana si kecik tu admit kat hospital selama 7 hari. Disahkan rotavirus. Penyakit berjangkit. Boleh merebak di mana-mana sahaja. Virus boleh hidup selama 2 minggu di mana sahaja.
So, tumpuan memang hanya untuk si kecik tu sahaja. Nak update kat hospital, maklum je la. Hp bukannya canggih sangat nak detect wifi. Kat rumah lak berukband pun bukan ada line. Pendek kata memang tak de sumber tenet.
Tq so much pada kawan-kawan yang bertanya khabar update pasal Rayyan Adam. Yang datang melawat. Siap bawak hadiah lagi. Ya Allah budi korang tak dapat nak aku balas dengan kata-kata.
So, now Rayyan Adam dah discharge lepas 7 hari check in kat Pantai Hospital Ayer Keroh. Mohon semua doakan kesihatan anak saya kembali sihat semula. Aminnnnn....
Oh ye. Saya macam selalu la. Kuat dari segi emosi. Masih ok saja. Cuba untuk cool di hadapan anak sendiri walaupun budak tu bukan tahu apa-apa pun lagi. Juga cuba untuk bertenang di hadapan suami. Harap saya bertahan!!!!
With his best fren.... Eli. Doctor said, Eli pun sama jangkit kena rotavirus. Apa nak kata. Dah nama pun kawan baik |
Dan yang paling penting, mak dah semakin sembuh. Mak dah boleh jalan sendiri. Bangun duduk pun dah sendiri. But still kena pantau la. Tak boleh bersendiri lagi. Tapi it's happy for us. Ok nanti kita cerita ceriti lagi eh. Kerja pun dah berlambak.
Daaaaaaaaaa.......
2 comments:
semoga rayyan adam cepat sembuh...amin..tabahkan hati ek..
marina : tq anty
Post a Comment