Malam semalam kami semua berkesempatan bawak mak berendam kat Kolam Air Panas Gadek. Sebelum ni saya suami isteri rajin jugak la berendam kat sini just for suka-suka je. Tapi kali ni memang betul-betul bawak mak untuk berubat. Selalu saya tengok orang lain dok dukung mak atau bapak nya berendam kat sini. Rupanya, kali ni saya juga merasa keadaan tersebut.
Cumanya, mak adalah gemuk dan berbadan berat. Tak larat untuk satu-satu orang dukung mak begitu sahaja. So, kitorg tukar-tukar papah mak. Pimpin. Dukung masuk dalam kolam. Bila buat ramai-ramai tak rasa pun berat nya.
Mak orang yang kuat semangat. Dia ok je anak-anak usaha nak ubat kan dengan apa cara sekali pun. Walau pun pening. Walau pun gelap mata. Mak tetap usaha nak baik.
Now, memang rindu sangat-sangat nak tengok mak boleh jalan sendiri. Rindu nak cakap gurau-gurau dengan mak. Paling rindu nak makan kuihh yang mak buat. Sebelum ni, nak makan kuih, main order je. Sedar-sedar dah siap. Serius rindu moment-moment tu.
So, anak perempuan bahagiannya salin kan cebok mak bagai. Yang lelaki bahagian dukung mendukung. Hope kami semua adik beradik sabar dalam menjaga mak yang tinggal seorang ni. Semoga peribahasa ibu seorang boleh jaga anak 10 orang, tapi anak 10 orang tak boleh jaga emak yang seorang (kitorg 6 beradik je) tak terjadi dalam keluarga kami.
Papah mak |
Mak rileks dulu sebelum duduk dalam kolam |
Si kecik yang masih dalam kawalan. Tapi kejap-kejap nak terjun kolam. Sakit jantung emak nya dibuatnya |
Gambar tuan punya blog harus ada |
Mak... Cepat baik ok!!!! Nak pegi jalan-jalan tak? |
Kitorg cakap kat mak, mak kalau nak cepat baik, sila la berenang laju-laju dalam kolam ni.
Just for info je kot. Salah satu usaha untuk pesakit angin ahmar ialah, mendedahkan pesakit keadaan yang panas. Salah satu nya ialah berendam dalam air panas yang kitorg buat ni. Then, bertungku pun kitorg buat. Lain-lain macam tanam kan pesakit kat pasir pantai belum lagi. Kita hanya usaha. Selain dari itu ialah kerja Yang Maha Esa.
9 comments:
Moga Mak cepat sembuh ye..
Mesti Mak berbangga dengan anak-anaknya :P)
MJ : tq
moga ibu kamu cepat sembuh usaha tangga kejayaan..
ana : tq
semoga mak asfa semakin makin sihat hendaknya.. alhamdulillah.. anak2 senantiasa di sisi.. membantu bonda.. =)
kella : tq kella. alhamdulilah adik beradik sume sama2 nk jaga mak. syukur sgt2
mog acepat sembuh...
PR : amin
:) jagalah mak kau sebaik mgkin.blog kau ni wat air mata aq menitis.
Post a Comment