LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nov 9, 2011

My Lovely Husband Kena Tebuk Perutnya

Seminggu lebih tidak bekerja. Suami terpaksa masuk sepital sebab tumbuh bisul besar kat perut. 


Dok picit-picit sendiri kat rumah tak nak keluar jugak nanah nya. Tekan sini, sana keluar. Tekan sana, sini terpancut. Hazab!!!


2 kali pergi klinik panel.


Klinik pertama, (Jumaat) doktor said, awak balik makan ubat dulu. Kalau Isnin tak pecah jugak baru kita buat


Klinik kedua, (Ahad) doktor said, ni dah besar ni. Awak nak kita bagi rawatan dulu atau awak nak terus warded.


Ha kan senang macam tu. Ni klinik yang pertama tu nak suruh tunggu-tunggu pulak. Orang ni dah la sakit menanggung hazab menahan bisa nanah yang tak pecah-pecah. 

 
Tahu sangat.... Kau nak suruh datang lagi sebab kau nak dapat income lebih kan. Ye la. Kalau dah 2 kali pergi, conform la kau dapat 2 kali payments. Kalau kau terus keluar GL kan senang. Sian tau kat laki aku.


So ke Hospital Pantai la kita gamaknya. Nak ke Putra, jem ok kat town tu. Ni je la pun pilihan yang ada kat Melaka ni.


Ni la untungnya dapat bini yang boleh uruskan itu ini suami nak masuk hospital. Rayyan Adam memang tak bawak la masa ni. Kang melambatkan pergerakan mak nya pulak

Muka cuak nurse nak amik darah
Suami : Banyak tak sayang dia nak amik darah ni
Saya : Eh tak la. Ala cucuk kat jari sikit je nak test darah abang ada kencing manis ke tak
Sekaliiiiii... 5 botol!!!
Sakit peha aku kena cubit sebab menipu





Doctor decide nak buat operation tu esok. So makan dulu puas-puas before perut terbelah



Lepas settle siap-siap kan his documents, saya balik kejap amik si kecik ni. Kesian ok kat 2 beranak ni. Rindu bukan main. Pada hal baru sekerat hari tak jumpa



Betapa baik nya mak mertua layan menantu makan. Siapa nak jadik calon menantu, harap maklum. Dah tak de kosong yek



Wah sedap ye dua-dua membongkang



Before oprate, nasib baik sempat snap. Ha ni la bisul nya tu. Seremmmm!!!



After 2 hours operation. Masih dalam keadaan bius separuh badan.



Makan dulu. Lapar lapar!!!!



Of coz la kena snap jugak gambar sendirik!!!!. Siapa la yang sudi nak mengsnapkan



Ni la muka orang sakit yang tak sedar diri. Gila!!! Sakit-sakit rokok yang dia sibukkan.

Lepas 2 jam keluar OT terus suruh saya papah dia duduk kat welca. Nak turun hisap rokok. Kata pun isteri mithali. Berat-berat pun papah lakinya. Duduk kan kat welca.

Tup-tup nurse nampak. Tanya nak pergi mana. Saya pun cakap nak turun bawah jap. Nak minum kat cafe amik angin. Aku kan pakar auta.

Pehhhh!!! Nurse marah. Tapi tak lah marah kasar. Lembut je. Dia kata mana boleh gerak sebab badan awak ni belum berfungsi sepenuhnya. Lepas 6 jam baru boleh bangun. Ni awak tidur je dulu.

Ha padan muka. Cakap bini kau tak nak dengar. Cakap nurse yang bajet lawa tu kau dengar pulak




3rd day. Budak yang kerinduan kat bapaknya



Syok 2 beranak tengok tv



Dah siap-siap nak balik dah.



Sementara menunggu, dia pulak yang berlayar kejap



Ok ni after seminggu dikorek. Dah ada tumbuh daging sikit kat tepi-tepi tu. Macam kolam kan. Agak-agak ada ikan tak. Ok tak kelakar. Nak tak nak, bini nya terpaksa jadi misi tak bertauliah kat rumah cuci lukanya ni. Pahala pahala pahala ok!!! Kumpul jangan tak kumpul.



Dan ini budak adalah penyibuk. Dia nak jugak kita tampal kat perut dia konon-konon dia sakit kat tempat yang sama. Auta lebih!!!



4 comments:

SiTi said...

sama laa ct pun selalu laa duk picit bisul cik abg tu...stakat ni boleh kuar laa ..takut gak klo jd mcm ni....

*heheheh rayyan pun sibuk nak tampal2 perut gak ye...

Unknown said...

CT : tu la bisul ni kena jaga2 takut melarat. haah si kecik tu mmg menyibuk. huhuhu

apek said...

mahkota ada.. n tak lama lagi akan wujud satu lagi hospital swasta di Melaka. nantikan ceritanya ye...

Unknown said...

apek : mahkota bukan panel kot. yg baru nti kat ayer keroh kan