Ahad lepas seperti yang dijanjikan untuk anak tercinta ke zoo la kita yer yob.
Seingat-ingat saya lah, last saya pergi zoo ialah pada umur 6 tahun iaitu masa tadika, cikgu buat rombongan sekolah. Ye puan-puan. Hari kejadian berlaku 21 tahun yang lepas. Hish hish...
Kawan-kawan? Ingat tak dulu kita pergi dengan cikgu Rahimah? Buat rombongan ke Melaka. Dan lepas tu memang tak de pergi lagi dah. Apa kejadah nya la nak pergi zoo. Pergi shopping lagi best ok.
Ok, back to the story. Rumah kami tak de la jauh sangat dengan zoo Melaka ni. So dalam pukul 9 lebih dah keluar rumah sebab nak elak jalan-jalan kat zoo tu waktu matahari dah naik mencacak. Mak adalah tidak dibenarkan ikut sebab dikhuatiri kaki beliau sakit semula.
Ala dulu-dulu kan mak dah bawak saya. Ni giliran saya pulak la nak bawak anak sendiri pulak. Tak gitu
Mak pesan, kalau nak pergi zoo tu bawak la bekal. Dalam hati saya, hish mak ni. Old school nya. Macam mak-mak pulak. Ada ke pergi zoo nak bawak bekal makan. Hish malu-malu. Konon la kan aku ni berlagak. Hahahhaa.
Tapi!!! Sebelum pergi tu saya cakap kat suami, kita beli air kotak siap-siap la bang. Takut dalam zoo tu nanti dia jual mahal.
Dan juga!!!! Saya ada bawak bekal biskut konon lah untuk Rayyan Adam. Pada hal mak bapak nya melantak jugak biskut tu.
Sekali tu!!!! Ha amik kau. Kat dalam zoo tu memang ramai orang yang bawak bekal nok. Bukan takat biskut. Nugget and nasik pun ada. Hish hihs malu dengan mak. Hahahha. Ha tadi kau berlagak sangat kan.
Ok bagi yang nak tahu harga tiket kat Zoo Melaka ni
Dewasa : RM7
Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun : Free
Kanak-Kanak (Tak ingat dari umur berapa ke umur berapa) : RM4 kot (Tak ingat jugak)
Berpakaian Sekolah : Tak ingat Ampunnnn!!!!
Dan ini juga maklumat berguna ye untuk anda-anda yang bercadang ke Zoo Melaka
- Makanan dibenarkan dibawa masuk
- Tram adalah disediakan bagi mereka yang malas nak berjalan
- Dalam zoo ada banyak tempat rehat. So siapa-siapa yang ada bawak bekal, boleh berenti rehat jap, menjamu selera bersama-sama haiwan yang ada.
- Tapi awas!!! Ada haiwan yang bakal mencuri makanan anda. Siapa lagi kalau bukan monyet. Sedangkan cili pun dia makan sebab kena tipu dengan sang kancil. Apatah lagi makanan kita yang sedap-sedap tu. Tatottt!!!
Ok ok sekarang mari kita layan gambar yang ada untuk menjamu mata anda-anda sekalian. Harap-harap anda selesa ye dengan haiwan-haiwan yang ada ni ye.
|
Bukti kena ada kita dah pergi Zoo Melaka ni |
|
Bukti kedua pulak |
|
Rayyan Adam exited bila jumpa spesis burung. Nanti dia akan sebut aaaaaaaaa. aaaaaaaa. Nak cakap tak pandai. Tu je la yang dia reti |
|
Masa ni dia tengah khusuk tengok sang kancil. Adalah tidak nampak gambar sang kancil di dalam ini gambar kerana rupa paras nya yang terlalu kecil |
|
Teka teki. Haiwan apa kah yang paling besar di dunia ini? Jawapannya ialah seladang.... Nampak tak? Se-ladang badan dia |
|
Badak |
|
Ok ok. Budak kecik ni adalah takut yang hamat sangat bila masuk kat dalam galeri binatang-binatang ni. Dalam ni ada replika haiwan yang scary-scary. Mama pun takut sebenarnya. Tapi mama maintain cun. Kelakar ok masa dia takut ni |
|
Kan dah kata mama tak takut. Tengok mama konon-konon amik gambar dengan patung rimau ni. Eeeee scary ok |
|
Yang ni pun scary jugak. Dalam botol tu ada haiwan yang diawet muda. Amik je gambar, tapi tak telek pun benda apa yang ada dalam botol tu. Geli |
|
Bersama keldai. Eh ni pun takut-takut jugak nak amik gambar. Entah apahal aku yang lebih takut dari anak aku ni |
|
Dah la badak, tapir pulak tu, cipan lagi!!! |
|
Tengok la ha. Badak, tapir, cipan ni bukan main pemalas lagi!!! Tidur je eh keje kau |
|
Dengan kuda. Rayyan Adam tak berapa nak takut sangat dengan kuda ni. Mama pegang, dia pun pegang, Maybe sebab kat rumah pun dia ada kuda sendiri. Kuda ni kita boleh kalau nak tunggang. Dewasa+Kanak-Kanak RM4. Yang lain tak tahu harga. Makan hati ayam banyak sangat, tu yang lupa tu |
|
Harimau kumbang yang berlagak. Kau nak duduk atas tu je eh. Berlagak!!! |
|
Harimau bintang |
|
Penjaga kandang tengah bagi makan. Mak datuk kau punya makan!!!! Daging lembu ada. Daging ayam ada. Berkilo-kilo ok. Aku masa kenduri pun tak sedia kan daging banyak macam ni. Tak de lah. Acah je |
|
Tengok la ha. Melantak lagi. Dah tu siap nak terkam-terkam orang. Agak nya dia bau darah kot |
|
Bujang senang |
|
Payah nak suruh dia tengok kamera. |
|
Burung enggang aka burung kenyalang. Mula-mula saya ingat burung kak tua |
|
Ular sawa. Dah kenyang melengkau je la keje nya |
|
Kami tak ikut pun peraturan ni. Sila jangan tangkap kami. Hahahha
|
|
Berposing bersama kura-kura. Seperti biasa Rayyan Adam adalah penakut dengan spesis replika
|
|
Kura-kura dalam perahu. Eh mana perahu nya? |
|
Si kecik ni macam suka lah dengan kura-kura. Rasa macam nak pelihara kura-kura la bagi dia main. Rasa je la. Betul ke idak tak tahu lagi bila |
|
Tengok lagi |
|
Siap kami pujuk, dah eh. Nanti kita tengok lagi. Ni kita nak tengok binatang lain pulak eh sayang. Terpaksa pujuk baik-baik |
|
Orang utan. Tak berapa clear sangat gambar. Suami cakap, eh macam mama ngan Adam la. Saya cakap apasal pulak? Ye la mama ada tetek. Tu tetek dia besar. Cis!!!! |
|
Bear |
|
Dengan bear pun dia ok je. Maybe pun sebab dia dah biasa jumpa bear and cium bear |
|
Eli. Of coz la yang ni pun dia ok sangat-sangat. Dah tentu bantal busuk dia Eli |
Ok sekian sahaja rombongan sambil belajar kita kali ni ye adk-adik. Tahun depan kita buat lagi rombongan ke tempat lain pulak. Harap adik-adik dapat belajar mengenal haiwan pada kali ini.
Oh ye. Akak ada pesanan penaja ok. Pada pendapat akak, rombongan ke zoo ni hanya sesuai untuk mereka-mereka yang ada kecik sahaja ye. Bagi yang berkapel pulak, kalau rasa nak menagda-ngada pun ok jugak. Mana lah tahu, kalau rasa takut dengan binatang tu, boleh peluk cik abang. Ye la... Kan takut.
Dan juga pada mereka yang ada kecik, harap bersabar la ye kalau anak anda meragam ke apa ke. dan diharap anda merancang perjalanan anda supaya tidak memilih waktu 12 tengah hari ke atas untuk melawat ke zoo.
Alhamdulilah, besday Rayyan Adam yang kedua ni, mama dengan ayah dapat bawak sayang jalan-jalan. Tahun ni no kek ye sayang. Tapi mama ada beli hadiah. Ala hadiah suka-suka. Tak nak lah buat kebiasaan bagi hadiah or ptong kek ke apa ke. Nanti dah besar dia tuntut pulak kalau takde.
Ye la. Mana la tahu, kot-kot tak de rezeki ke, tak de masa ke, takde kudrat ke. Kita mana tahu. Janji Rayyan Adam bahagia dunia akhirat cukup la ye sayang.
Mood dia pun ok sangat-sangat masa ni. Penat memang penat. Gelagat dia memnag boleh buat hilang penat tau. Serius. Kaki pun naik crem. Tapi sebab tengok aksi dia, Ya Allah suka nya...
Dan nasib baik jugak saya ingat tak pakai kasut tumit tinggi. Kalau tak, haru!!!
3 comments:
erm... mn jumpa kura2 kn sumpah jd batu tu, ms masz pi x jumpa pun.. kalu x, leh tunggang kura2 tu..... isk
murah la kat zoo melaka ya! kat kl sini dah naik 20 hengget rasanya! tampatnya pun macam menarik je... suasana zoo yang sebenar.. =)
masz : kura2 yg dah disumpah jadi batu tu ada kat area kura2 la. huhuhu. maybe baru buat kot. nanti dtg la lagi ke sini nk tunggang kura2 ni
kella : yup. mmg murah. harga jauh beza dgn zoo negara. then kat zoo negara katanya tak blh bawak makanan sendiri kan. tapi kat sini boleh tau. mcm bebas la
Post a Comment