LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sep 8, 2011

10 Syawal - Selamat Ualangtahun Yang Ke 2 Sayang





10 Syawal


Saat ini, ketika ini, detik ini kamu lahir dari rahim mama mu sayang


Ketika orang lain masih lagi merasai kunjung mengunjung di hari raya


Kita berdua pula telah dipertemukan di dunia ini sayang


Percayalah anakku, mama amat-amat berbangga dikurniakan rezeki membawa kamu sepanjang 9 bulan dalam perut mama


Mama juga sangat-sangat berbangga dapat melahirkan kamu dan menjadi bayi yang sihat dan kuat hingga ke saat ini


Sesungguhnya mama sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu sebagai anak yang sulung dunia dan akhirat


Jadilah insan yang berjaya. Jadilah anak yang soleh. Jadilah manusia yang berguna pada agama, bangsa dan negara sayang


Bimbinglah adik-adik kamu dan keluarga kamu ke jalan yang diredhai Allah. Amin


Doa mama dan ayah akan sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu sayang. Insyallah


Rayyan Adam seindah nama mu sayang. Kamu lah pengarang jantung mama dan ayah. Kamu lah penghibur di kala kami berduka. Kamu lah pengubat di kala mama dan ayah bersengketa. Sesungguhnya, kamu lah segalanya



Saat mama menulis, mama terasa sedikit sayu. Mungkin mama terlalu exited kot. Emo tak tentu pasal

5 comments:

mzhany said...

selamat hari lahir adam

nor asma mansur said...

selamat hari lahir jugakkk ye adam.. bile nak potong kek nih. :)

~aSFaLiZa~ said...

hany : tq

asmah : cik asmah boleh tak sponser kek adam untuk tahun ni

kella said...

selamat ulang tahun.. semoga menjadi anak yang dibanggai ibu bapa... anak soleh.. =)

~aSFaLiZa~ said...

kella : amin. tq