LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 3, 2011

Si Kecik Sudah Sembuh

5 hari menjaga si kecik demam. Kali ni demam nya susah pulak. Turun naik turun naik je panas. Dah la tu. Merengek je. Merengek merengek dan merengek. Puas dah pujuk. Pun tetap merengek




Makan tak nak. Susu tak nak. Tapi dia sangat aktif. Sebab nya dia banyak minum air masak. Syukur. Tu sebab badan dia masih boleh nak gerak main-main.



Luluh hati saya kali ni bila dia asyik lah merengek. Tak tahu apa yang dia nak. Nak cakap tak tahu. Apa yang dia cakap pun saya tak faham.



Mula-mula sebelum ni Rabu malam Khamis, suami dah hantar si kecik ni pergi panel klinik yang 24 jam. Masa ni lebih kurang pukul 11.30 malam. Doctor hanya cek demam sahaja. Selain dari tu doctor cakap, kalau muntah lagi esok datang balik.



Itu je??? Cek demam kat dahi dengan pesanan penaja, esok kalau muntah lagi datang balik.



Then, Khamis tu memang tak muntah. Cuma dia lemah je lagi. Selera semua tak de. Khamis saya dah sampai Melaka. Malam tu mencanak-canak panas badan nya. Takut sangat. Saya basah kan kain lampin. 1 letak kat kepala, 1 kat badan. 



Yang jadi masalah nya, dia tak nak kita letak apa-apa kat badan dia. Selak baju dia pun tak bagi. Nak tak nak, malam-malam tu paksa je mandi. Ye lah. Nak kasi badan dia sejuk.



Esok nya (Jumaat) badan dia masih panas. Suami balik kerja je terus ajak pergi panel klinik yang memang kitorg selalu pergi. Yang ni sebab apa kitorg suka berbanding dengan klinik pertama tadi, sebab nya servis dia tip top. Walau pun hanya panel klinik, tapi doctor-doctor kat situ tahu melayan pesakit. Bukan sekadar nak cari untung je. 



Kali ni dah nekad. Kalau warded, warded la ni. Sian wei tengok dia lemah.



Tapi no need to warded sebab everything is ok. Paru-paru ok. Mulut ok. Tangan ok. Hanya demam panas nya je yang kena jaga-jaga sebab takut sawan. Doctor tanya, air liur dia ni meleleh memang atau pun baru ni meleleh. Kitorg kata, air liur dia memang meleleh je doctor. So, that's ok sebab dikhuatir tanda-tanda sawan.



Selain daripada ubat klinik, saya tetap guna kaedah traditional. Saya mandi kan dengan air asam jawa. Walaupun dia melalak eeeeeeeeeee geli!!! Eeeeeee!!! Asyik la eeeeeeeeee sebab geli. Melalak lalak. Habis nak buat macam mana. Nak cepat baik, kadang-kadang kena jugak paksa bab-bab macam ni.



Selain dari tu, suami saya dok petik daun bunga raya. Orang kata boleh jugak sejukkan badan yang panas tu. Kemudian, suami beli kan air badak. Yang ni dia terpedaya sikit. Dia tak tahu tu ubat. Laju je minum.




Cerita pasal ubat??? Ya Allah!!! Sikit punya hazab nak kasik makan ubat. So, mak nya memang tak de timbang rasa. Masa masukkan ubat picit hidung dia kuat-kuat. Kalau tak, dia ludah-ludahnya ubat yang dah masuk kat mulut dia tu.



Alhamdulilah dek kerana kesabaran kami suami isteri, Rayyan Adam sembuhh dari demam. Kesannya, doa saya termakbul. Demam tu dipulangkan kepada saya pulak. Tak pe. Saya redha. Asalkan anak bujang saya tu sihat sejahtera, syukur alhamdulilah.



Mak saya kata, demam Rayyan Adam kali ni sebab nak pandai bercakap. Ye puan-puan, anak saya masih belum mahir lagi bercakap. Walau pun dah mula menyebut beberapa perkataan. Tapi masih belum lancar.Tak pe ye sayang. Demam nak tambah akal ye. Bijak bijak



So, dari hari Jumaat tu, baru hari ni bekerja (Rabu). Mama tak letih tau jaga sayang. Selagi mama boleh sabar, mama sabar. Janji anak mama sihat.

4 comments:

Anonymous said...

alahai cian nye si kecik demam ye... but kalau dh ok tu syukur lew. now mmg musim ler.. akil pun batuk2 x sudah... sian plak..

Unknown said...

zura : tu la. skrg ni mmg musim la zura kan

Unknown said...

alhamdulillah....dah makin sihat yer...mmg risau klu anak2 ni demam panas...masih fobia dgn kejadian yg menimpa firas aritu....

org tua2 kata budak ni klu nak dapat akal mmg dia akan demam....atau pun nak beralih bulan..mesti ada jer ragamnya....

tp skrg nipn cuaca x menentu lah asfa...mmg anak2 mudah sakit....

Unknown said...

mamamya : tu la kak. faktor cuaca pun 1 hal jugak