LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 23, 2011

Nasi Dagang Mentah

Sejak puasa ni tekak ni memang teringin-ingin nak makan nasi kerabu dan nasi dagang. Actly nasi kerabu dah beberapa kali lah kan beli. Setakat ni semua nya beli kedai lain-lain memuaskan hati.
 
Then semalam tengok lah orang jual nasi dagang. Dalam hati berkata, mesti kena beli ni, sebab puasa tinggal lagi seminggu. Takut lepas puasa, meroyan pulak nak cari kat mana.
 
Tanpa berfikir panjang, saya pun amik lauk ayam je la seketul Harga? 4 hengget setengah. Macam mahal. Ye la. Lauk ayam seketul je. Timun tak de, acar tak de. Tapi redha je la kan sebab nak makan sangat.


Sampai waktu berbuka memang la exited gila nak makan. Lagi pun kan lapar katanya






Masa gaul-gaul kuah dengan nasi, dah macam pelik. Apa hal nasi dagang ni lekit semacam. Ingat kan terlebih beras pulut ke apa ke. Tapi kalau pulut pun tak lekit macam ni. Dengan konfidennya suap la ke mulut. Eh apasal keras jek nasi ni. Takkan lah pulut ni kasar pulak. 




Then suruh Fizah, housemate orang Terengganu konfom kan balik betul ke rasa nasi dagang macam ni. Wal hal saya memang tahu rasa nasi dagang macam mana. Tapi kot-kot la ni masakan mana-mana daerah kat Terengganu  ke apa ke. Huhuhuu!!!




Sah!!! Nasi ni mentah. Dah la lekit macam nak basi. Wahai akak peniaga, jangan la gini kak. Org niaga, akak nak niaga. Niaya saya je yang tengah sakit perut. Macam mana akak nak maju dalam perniagaan kalau jual benda tak masak macam ni. Buat nya saya yang teraniaya ni doa yg bukan-bukan, boleh jadi makbul kak doa saya ni



Nasib baik ada benda lain boleh cover line. Laksa dengan kuih lopis. Nasi dagang tu makan lauk je.



Petang ni nak beli lain pulak kat kedai lain. Selagi tak dapat yang betul-betul memuaskan hati, nak jugak beli yang lain. Kedai akak tu saya dah riject selama-lamanya, walaupun saya tahu hari tak puasa pun dia ada meniaga kat mana. Lagi pun memang tak pernah beli kat kedai dia. Bolayan la kak.

10 comments:

Myra Jay said...

Bila nasik mentah mmg cepat nak basi..
Sabar jela kan..

~aSFaLiZa~ said...

MJ : tu la. apa la peniaga mcm ni

OgysiJemariSeni said...

Sabar je la org yang meniaga pikir untung jer ni... Buatnya cirit birit naya jer.

~aSFaLiZa~ said...

ogy : tahu tak pe. mmg diorg ni pk untung je la kan

Marina said...

huuu...naseb baek ade backup..

~aSFaLiZa~ said...

marina : tu la. kalau tak berlapar la kita malam tadi

Ashrufzz said...

O M G!!!

~aSFaLiZa~ said...

jay : ooo emmm jayyy

IbuDhira said...

diorang ni mmg tak patut laa...sakit ati je..tak berkat niaga kena sumpah seranah tau..harap2 diorang sedar.

~aSFaLiZa~ said...

rini : ikut kan hati mmg nak sumpah seranah je kan. tapi ye la. ni periuk nasi diorg