LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 22, 2011

Lain Kali Dengar Cakap Suami


Lain kali dengar cakap suami. Cakap suami biasa nya memang betul puan-puan bagi kita isteri yang memang menuntut syurga di tapak kaki suami.



Malam tadi, kami suami isteri nak hantar Rayyan Adam ke rumah kakak suami. Ye lah. Mak dah balik kampung. So, sementara nak tunggu raya ni memang mintak tolong kakak suami jagakan si kecik tu sekejap. Sama macam tahun lepas jugak la.



Ikutkan plan asal, kitorg nak bawa 2 kereta la sorang satu. Last minit suami kata nak bawa motor je sebab takut esok nak pergi kerja susah nak cari parking.



Then, saya cakap Rayyan Adam duduk kat baby seat dia. Suami pulak kata, budak ni dah besar. Mesti dia tak nak punya. Biasa memang dia nak duduk sendiri dalam kereta. Saya jawab, tak boleh sebab saya nak drive malam, takut dia main bukan-bukan dalam kereta. Kalau duduk kat seat dia, kena ikat. So, dia tak boleh buat apa-apa.



Suami pun setuju je la.



Nak dijadikan hal, sepanjang jalan Rayyan Adam menangis. Nak lepas dari baby seat tu. Ya ampunnnnn!!! Ni hati mak nya dah la buat-buat kering je dengar anak menangis. Kesian wei, merayu-rayu minta nak lepas.



Nak tak nak, saya bukak je tali pinggang tu. Ingat la dia tenang lepas bukak tali pinggan tu. Rupanya masih tetap bersedih hati. Merayu nak duduk dengan saya. Ya Allah!!! Sayu nya....



Dengan berani nya, saya angkat dia guna tangan kiri duduk kan kat riba ni. Tangan kanan pegang stereng teruskan pemanduan. Ni kereta tengah berjalan lagi ni. Tak berhenti kat mana-mana pun. Bahaya kan?



Dalam hati ni tawakal je, drive sambil meriba anak yang dah besar panjang melalak-lalak.



Bila sampai rumah kakak ipar, suami saya dah sampai awal dah. Dia pelik tengok Rayyan Adam kat riba saya. Dah la sedih Rayyan Adam tak hilang lagi.



Menyesal saya tak ikut cakap suami tadi. Ye lah. Dari awal lagi dia dah cakap, Rayyan Adam memang dah tak nak duduk kat baby seat. Saya pulak berkeras hati nak duduk kan jugak dia kat situ. Sudah nya, lama kitorg nak pujuk budak bujang sorang ni.



Serius menyesal tak dengar cakap suami

6 comments:

Mama Likha said...

mngkin en bad lebih paham adam....

~aSFaLiZa~ said...

ztee : ye kot

kella said...

betul.. sangat betul.. kadang kadang selalu terkena kat diri sendiri jugak.. pastu baru le cam insaf sikit.. huhu

~aSFaLiZa~ said...

kella : hehhehehe... nasib baik kita isteri2 yg menurut perintah.

Myra Jay said...

Kekadang firasat suami tu ada betulnya dan mungkin kita yg tak perasan.. :-)

~aSFaLiZa~ said...

MJ : hehhehe. betul tu. lain kali dgr ckp suami. huhuhu