LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 19, 2011

Kuih Raya





Ni alasan kukuh orang takde oven nak buat kuih raya sendiri. Pilihan yang ada hanya membeli je ye puan-puan. Jangan tiru macam saya. Total untuk kuih raya tahun ni 5 balang. Lagi 2 balang belum sampai ke tangan. Tahun ni cuba untuk berjimat. Takut tak habis kang.




Dan ada 1 lagi saya order serunding daging dari Terengganu yang konon-kononnya berangan nak buat popia. Tahun lepas angan-anagn tercapai. Tahun ni tak tak tahu la tercapai ke tak disebabkan kekangan kesibukan berulang alik ke Johor tiap-tiap minggu. 




So apa pun kuih raya ni hanya akan dibukak setelah kami suami isteri pulang beraya dari kampung. Kalau bukak sekarang adalah dikhuatiri habis sebelum tiba masa nya. Kang orang datang, kosong je bekas kuih tu kang.




Yang penting kuih-kuih tersebut adalah sedap gila. Berbaloi membelinya. Saya ni memang kurang gemar beli tanpa merasa terlebih dulu. Mahal sikit tak pe. Asal kan sedap. Tapi kalau mahal sangat tak beli la kot. Huhuhu.




Pesanan penaja buat suami ku : Lepas setel kita pindah rumah baru, sila la belikan isteri mu ini sebuah oven demi keluarga kita yang tercinta. Abang dengan adam kan suka makan kek. Sayang pun rajin nak buat kek kalau abang dah belikan oven. Sekian

2 comments:

Anonymous said...

ok lew tu dr x dak kan huhuhuhu ...

Unknown said...

zura : tahu tak pe. huhuhu