LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jul 12, 2011

Puting Lain Untuk Botol Avent

Hari tu kan saya ada cakap yang si kecik ni sekarang tengah menggila menggigit puting. Asyik pecah. Asyik bocor. Seminggu sekali dok tukar puting. Then, harga puting Avent tu bukannya murah. 2 pcs dah 23 hengget. Kalau beli kat Jusco dapat la diskaun 10%.



Seminggu dah berapa? Sebulan? Matik!!!!



So, mula-mula saya beli Pureen kat Giant. Nak beli Japlo takut macam tak boleh masuk dengan botol Avent tu.



Tapi ni tak guna lagi. Esok nya pergi kat Jusco pulak. Nampak Baby Kiko. Terus amik. Alhamdulilah. Match.



Yang Pureen pulak, macam ada leaking sikit. So, kalau terasa nak guna puting lain untuk botol Avent, Baby Kiko sesuai lah.




Ni la puting Baby Kiko tu. KIra masuk lah. Alhamdulilah


Dan ni la kalau dah dipakai. Ok je


Dan yang pelik nya. Puting Baby Kiko ni dah dekat 2 minggu. Tak de pulak tanda-tanda pecah atau bocor. Mungkin sebab puting ni agak lembut berbanding dengan puting Avent sebenar.



Dan yang penting harga puting ni jauh lebih murah dari puting Avent. 2pcs RM5.90.

6 comments:

Nazz@Purple said...

rayyan nak test ketajaman gigi dia la tu kan..

Unknown said...

nazz : huhuhu.. ternyata mmg tajam!!!

A.H.A.D said...

akak penah guna puting lain gak sblm ni, ngam jugak tapi lupa brand ape...cuma bila nak tutup dgn tudung botol avent mmg prob la sbb puting tu xrapat ngan tudung. Abisla tumpah susu dalam tu.

Puting kiko camne? Ngam ke ngan tudung?
Ke mmg utk kat rumah je?

Unknown said...

gee : ngam kak dgn ttp nya. tak de la tumpah sgt pun. boleh je nak bawa jalan. cuma kena letak tempat yg tegak la. kalau tempat tergolek2 sure tumpah punya dalam penutup tu

WaniGhani said...

wah...bagus lah tips...sukee...mmg mahal la..skrg dah naik har...naik sampai rm5 plak tu... haish

Unknown said...

wani : tu la. mahal sgt. tak larat nk invest