Gusi bengkak ni dah lama. Seminggu dah. Ingat kan bengkak biasa. Anak nak tumbuh gigi, mak nya pun sama.
Menanggung rasa je. Kat rumah pun makan bubur je. Nak nganga pun tak boleh sangat. So, memang tak tahu sangat apa yang terjadi kat gigi ni.
Malam tadi ada lega sikit. Terus belek apa yang jadi kat gigi ni. Rupa nya bukan bengkak biasa. Bengkak nak tumbuh gigi.
Opismate suggest suruh pakai Colgate Sensitive Pro-Relief
Colgate Sensitive Pro-Relief sekurang-kurangnya boleh melegakan gusi yang bengkak. Pada saya hanya melegakan sahaja lah. Sakit tetap sakit. Kalau orang lain tak tahu. Ubat gigi ni boleh guna direct ke tempat yang sakit. Maknanya, bukan hanya digunakan semasa memberus gigi, tapi boleh je sapu terus kat tempat yang sakit.
Harga Colgate Sensitive Pro-Relief yang besar RM12++ dan yang kecil RM3++. Rasa nya boleh didapati di mana-mana kecuali kedai runcit kot. Ni saya beli yang kecil kat Giant
Actly, hari tu saya ada cabut sebatang gigi bongsu. Sakitnya mak datuk. Tuhan je yang tahu. Bukan ke sakit gigi adalah sakit ketiga di dunia selepas mati dan sakit bersalin. So, siapa-siapa yang pernah menanggung nya je yang tahu macam mana azab nya.
Mula-mula saya ingat bengkak ni kat kawasan yang dicabut hari tu. Sebabnya memang sakit kat situ. Rupanya ada gigi nak tumbuh kat belah belakang gigi yang telah dicabut tu. Errkkk faham ke. Huhuhuu.
So, now saya ada 2 batang gigi bongsu yang perlu dibuang sebab ada jugak satu lagi yang nak tumbuh tapi malu-malu. Tu pun selalu gak sakit. Then, ada 2 lubang yang perlu ditampal. Huh!!! Ongkos nya saja. Nak jumpa dentist pun satu hal. Takut wei!!! Rasa macam nak masuk labor room.
Harga kos rawatan gigi kat Melaka, saya rasa adalah berbaloi-baloi. Tempoh hari saya cabut sebatang gigi + bius sekali + ubat tahan sakit & ubat antibiotik + mc 2 hari = RM50. Murah kan? Bebaloi-baloi.
Target saya sebelum mengandung anak kedua untuk cabut kedua-dua gigi bongsu yang baru nak keluar ni supaya tidak mengganggu kandungan saya kelak. Takut baby amik banyak kalsium kat badan saya.
Oh ye. Ada sorang teman yang entah la saya tak tahu tahap ilmu di dada dia macam mana. Bila saya kata saya ada 2 batang gigi bongsu yang perlu dicabut dan 2 batang gigi yang perlu ditampal, suka suki mak bapak dia kata, banyak nya gigi kau rosak, kau tak gosok gigi ke????
Kang kalau saya lebih-lebih kang saya termencarut pulak kang. Huhuhuhu!!! Meh jom fight antara gigi kamu dengan gigi saya, siapa punya gigi yang paling cantik. Lain kali hidup tu campur dengan orang ramai. Bila dah bercampur, maka kamu akan tahu kebanyakan orang ramai mempunyai gigi yang macam-macam penyakit nya walaupun empatpuloh kali gosok gigi dalam masa sehari.
Ok la. Sekian sahaja berita saya untuk hari ini. Renung-renung kan dan selamat beramal....
4 comments:
uhuhu kalau anak2 nk tumbuh gigi sure demam & meragam ..sian kan ..
mak aiii ayat sapo yg 'sedap' tu .. leh kene seliper jepun tu
zura : hehehhe. ni mak nya yg nak tumbuh gigi
Tumbuh gigi bongsu memang sakit. Sebab dia pecahkan gusi kita dulu. Kakak dulu pun sama makan bubur seminggu. Siap jumpa doktor bagi ubat tahan sakit....
kakzakie : masa2 mcm ni cuma boleh makan bubur je kan kak
Post a Comment