LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 15, 2010

Cik Gigi Cik Gigi Kenapa Sakit Gusi


Cik gigi cik gigi kenapa sakit gusi.... Lalalalala



Rayyan Adam sedang sibuk menumbuhkan gigi sulung nya. Mama nya pulak sedang sibuk bergaduh dengan gigi bongsu nya... Ini lah nasib. Doa ibu kan selalu dimakbulkan Tuhan. Maka saya selalu doa kalau anak saya sakit biar lah saya yang terima padah nya. Nyah !!! Amik. 



Alhamdulilah Rayyan Adam tak demam dengan gigi sulung nya. Sebalik nya saya dari hari pertama dengar perkhabaran tentang pertumbuhan gigi Rayyan Adam, gigi bongsu saya dah mula meragam. 



Hari Jumaat okey lagi. Sabtu dah start tenat. Tapi masih boleh cover sebab nak pergi jemputan kahwin. hari Ahad dah start nazak. Menggelabah laki bini pergi cari klinik gigi yang bukak hari Ahad. Masa ni rasa kecewa sangat. Rasa nak pergi buat report. Tapi tak tahu nak report kat siapa sebab nak report tak de klinik gigi yang bukak hari Ahad.






So, suami recommend makan ubat cina ni. Erkkk dek kerana dah tak tahan sangat bantai je la. Masa ni memang air mata dah start nak bertakung. Bukan main sakit lagi. wei sakit gigi wei!!! Tidur malam ku tak lena. Ni semua kerna kau wahai gigi bongsu.






Sila tahu, ubat ini adalah sangat busuk!!! Bau ubat cina. Gila busuk. Kat tangan pun melekat bau nya. Tapi hati ini tetap tabah menelannya







Makanan ruji merangkap makanan rasmi saya sepanjang tempoh pantang adalah itu bubur. Nasib baik mak ada.... Tak de la merasa bubur tawar je. Ye... Mak masak bubur ayam. Suami jeles sebab masa dia sakit gigi hari tu saya cuma masak bubur kosong jek.






Ini muka beberapa kali suami snap sebab saya tak puas hati gambar tak cantik. Suami kata mana ada gambar orang sakit cantik-cantik. So, abaikan muka kesian tu. Ni baru je kena cabut. Sakittttttttt..... Nampak tak darah ada lagi kat tepi bibir.





Pergi klinik pagi-pagi sebab dah tahan menanggung derita sakit gigi. Doktor decide nak cabut je gigi bongsu tu sebab tak de fungsi pun untuk mengunyah. Saya memang dah lama tahu gigi bongsu saya tak boleh tumbuh dengan jaya nya dan sakit yang kali ni entah dah ke berapa entah. Doktor yang dulu pernah kata, kalau nak cabut ni kena bedah. So, kali ni saya tanya lah macam mana prosedur nya. Then doktor kata boleh cabut guna prosedur biasa sebab gigi tumbuh dengan cantik. Cuma dia tak de ruang nak duduk betul-betul. Maybe sebab rahang saya pendek kot.



Tu satu hal, masa doktor nak bagi ubat bius saya kata lah saya takut jarum tu kena kat pipi saya. Kalau boleh saya nak inject tempat lain. Doktor kata mana boleh. Then, saya cakap kat doktor saya takut saya menjerit. Hahahhaha... Doktor gelak bukan main besar lagi. Dia cakap kalau saya menjerit, saya la orang pertama yang menjerit time dia nak cucuk.




Alhamdulilah saya tegar malawan arus jarum tu dicucuk ke pipi saya yang licin ni. So, tunggu beberapa minit supaya kebas. Arrrrghhhh tapi hati ni punya dup dap dup dap hanya Tuhan je yang tahu. Takuttttt..... Last saya cabut gigi masa darjah 2 kot kalau tak silap. Lepas tu dah tak de dah. Kali ni perasaannya lain.... Takuttt....



Serius sakit okey... Saya tetiba teringat rasa sakit kena cabut gigi macam sakit nak bersalin dulu. Ye memang terlampau sakit. Walaupun dah dibius. Sebijik sama dengans akit bersalin. Cuma tempat sakit je berbeza-beza. 




Sila tahu di rumah saya nangis macam budak kecik menahan sakit. Mak pun diam je tengok saya. Nak bagi ketengangan kot. Suami sangat baik menjaga saya yang sedang sakit. Rayyan Adam hanya dalam pemerhatian mak dan suami. Syukur sangat-sangat ada insan yang memahami. Suami amikkan ais tekapkan kat pipi biar kurang sikit bengkak.



Dan yang paling saya suka sekali.... doktor bagi mc 2 hari. Wuhuuuu!!! Jeles tak kawan-kawan? Hahahaha


11 comments:

Nazz@Purple said...

hehhe..tau skit gigi memang skit..

Fielah said...

sakit gigi sakit ke 3 paling sakit dalam dunia. 1. mati 2. bersalin 3. sakit gigi... oh sakitnye....tidak tidakkkkkkkk :( semoga cepat sembuh oh puan as...sila balik cepat...rumah bosan tanpa kamu..

Lady D'yot said...

ouchhhhh~

Unknown said...

nazz : ye betul. mmg sakit


fielah : ye ke sakit ke 3 di dunia. hahha aku tak tahu pun.

kalau aku balik sana ko tidur awal siap la


nadia : kenapa? sakit ke

ibudhira said...

alaa cian nye...moga cepat sembuh ye..

p/s Adam rilek jek tumbuh gg..hehehe

Rohani Hashim said...

beb, nyanyi beb, cik gigi cik gigi...ahahaha

Fielah said...

tah nye mama adam ni...suke over2 adam rilek2 je tumbuh gigi... huhuhuhuh...

p/s: aku tido lambat semalam. Noor Aina yang tido awal terus xde kawan! huwaaaaaaaaaaa

Unknown said...

rini : tgk nnti dhira tumbuh gigi ibu dia rilek tak. hahaha saja dengki



hany : nasib ko tahu lagu ni



fielah : nnti aku tuntut tau ko tido lambat. kalau tidur awl gak sila belanja mc d. hahahhah

ibudhira said...

hahhahaha...mmg dengki..(skrg aku gelak dulu)

cik daisy said...

dah lps lar seksa gigi bongsu yer.. time akak dulu kene wat surgery. buang 2 gigi skaligus sbb berlaga atas bwh. ya ampun! mmg sakit!

Unknown said...

kak d : haah kak dah lepas pun seksa. as nasib tak kena bedah2 ni. gigi tu elok je tumbuh