LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 15, 2010

Berus Gigi Baby

Sila tahu saya tak tahu apakah nama benda alah kat bawah ni. Namun jangan disangka saya tak tahu apakah fungsinya. Ye.. ia berfugsi sebagai berus gusi bayi atau berus gigi bayi atau berus gigi baby atau berus gigi bayi. Erkkk



Saya dah lama dah sediakan benda ni untuk Rayyan Adam. Sejak beliau start makan lagi. Dikhuatiri ada sisa makanan yang tertinggal. Hahahaha.. Macam poyo jek kan ayat. 



Benda ni saja ditayangkan sekarang sebab Rayyan Adam dah tumbuh gigi. Sekali lagi diulangai. Dah tumbuh gigi. So, now penggunaannya adalah lebih kerap.



Kalau mandi dengan nenek, kena gosok selepas waktu mandi di luar toilet sambil duduk-duduk. Kalau tak nenek akan bergaduh dengan Rayyan Adam dalam toilet. Sila tahu anak saya suka sangat main air. So, nenek tak larat nak layan.



Kalau mandi dengan saya biasalah. Mama kan lagi kuat dari Rayyan Adam. Mama boleh pegang kuat-kuat supaya Rayyan Adam tak bermaharajalela bermain air. Kalau mandi dengan ayah pulak sila tahu ayah tak pernah gosokkan gusi Rayyan Adam. Yang dia tahu melayan karenah anak nya yang suka main air.

Pandangan sisi



Pandangan hadapan



Pandangan belakang



Berus untuk gusi



Berus untuk lelangit dan lidah