LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jul 22, 2011

Siap Kau Eh!!!!

Kejadian berlaku ketika nenek amik cuti urusan peribadi. Hahahaha



8 am : 

Ayah pergi kerja. Rayyan Adam masih diulit mimpi





10 am - 2 pm : 

Rayyan Adam bangun tidur. Mama buat susu sebotol. Dia pun bagus ikut mama kat dapur. Siap menyusu, mama ajak mandi. Pun baik jugak. Baju kotor pun pandai letak kat mana tempatnya. 


Lepas mandi sama-sama, mama cakap mama nak masak untuk Adam. Masih berkelakuan baik dengan mama. Duduk elok-elok je kat dapur. Lepas siap masak, mama sejukkan makanan. Kita makan sama-sama. Sedap je anak mama makan. Banyak pulak tu makan.



Mama sembahyang, sejadah pun sorg satu. Dia baring je kat sejadah dia tak kacau mama.



Duduk-duduk tengok tv, mama kata jom kita tidur nak. Dia pun bagus amik puting dan Eli. Tak payah cakap banyak, mama kata jom tidur kat bilik, terus jalan masuk bilik amik tempat.



Golek-golek. Eh dah tidur sendiri dah?



Bagusssssssssss!!!!





6 pm sampai malam.

Ayah balik kerja. Bertukar!!!!!
Terus kau sombong eh dengan mak kau ni.
Konon-konon ngadu kat bapak kau, mak kau dera eh.


Ye puan-puan. Sombong. Huhuhu!! Terus tak nak dengan mama. Mandikan tak nak. Barang dia tak bagi kita pegang. Botol dia pun jangan sentuh. Kain baju dia. Huh!!!



Kau siap kau eh. Bapak kau tak de. Jangan mintak makan dengan aku. Siap kau aku dera. Hahahahhahaha!!!



Suami saya gelak gila-gila saya buat ayat macam tu. Serius kelakar. Ala gurau kasar dengan anak sekali sekala. Main-main je.



Rayyan Adam ni bukan boleh kira mood dia. Kadang-kadang nak dengan mama. Kadang-kadang dengan ayah je. KAdang-kadang tu dengan nenek je manjang. Biasa la budak manja. Pilih je nak manja dengan sape.

11 comments:

Mamamya said...

hehehehe....senyum akak baca n3 ni...:) mmg anak2 ni kadang2 mood dia x tenteram...blh tukar2 sesuka hati jer....

~aSFaLiZa~ said...

mamamya : budak2 kan kak. huhuhu

Myra Jay said...

hehee, dia dah puas bermanja dengan mamanya, bila bapaknya pulang dia manja pulak..
heheee :) Memang pandai tarik perhatian

~aSFaLiZa~ said...

mj : lakonan semata2. hahahha

fazilzura said...

heheheheheh ...biasak le tu , kdng2 i pun gitu tau ... jelos jgk akil dok kepit dgn ayah nye..

tp kalau ayah nye xdak, dia berkepit dgn kiteeee jek

~aSFaLiZa~ said...

zura : ngada2 kan budak2 ni

Nazz@Purple said...

oo cm tu eh bdk kecik ni..hehehe

Norhafiza said...

hahaha..kelako la...sib baik tak ngadu mama pukul dan dera hihi..

~aSFaLiZa~ said...

nazz : hehehhe... budak nk besar la katakan

kakNo : tu tgu dia pandai ckp nti. siap lah kalau bukan2. ahahhaha

adna^madhiha^ said...

seronok kan bila tgk anak dh membesar..pandai dah nak bermanja dgn sapa yg dia nak

~aSFaLiZa~ said...

ana : kannn. suka je kita yg nengok ni