LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 12, 2011

Nikmat Nya Menjaga Ibu Bapa Kita

Nikmatnya menjaga kedua orang tua kita. Betul ye puan-puan. Saya bertuah melalui detik-detik ini. Saya bertuah dipilih untuk menjaga mak. Terkilan juga rasa hati bila teringat arwah abah yang telah pergi sebelum saya membalas apa yang sepatutnya saya balas.




Orang luar tak faham dan orang yang tidak mengenali keluarga saya juga tidak faham. Apa yang mereka faham, mak duduk dengan saya sebab nak jaga Rayyan Adam. Pada hal cerita di sebalik nya? Tak faham kan?




So, kalau yang tak faham tu, saya rasa tidak perlu untuk saya beriya memberitahu duduk perkara sebenar. Sebab nya, saya tak rugi, mak saya tak rugi dan keluarga saya jua tidak rugi. Yang ruginya, orang-orang yang berkata saya menyusahkan mak sebab jaga anak saya. Ye. Mereka semua rugi sebab mereka no point untuk menghentam saya.




Kat sini, asalkan mereka-mereka yang ada sangkut paut dengan saya,  faham niat baik saya sudah memadai.




Cer puan-puan bayang kan eh. Kalau mak tak join duduk dengan saya, mak duduk sorang-sorang je tau kat kampung tu. Rayyan Adam adalah alasan utama mak sanggup nak ikut saya. Nasib ada Rayyan Adam. Kalau takde. Ingat mak nak?




Setakat duduk sorang-sorang kat rumah tu, agak-agak anda-anda yang suka tuduh-tuduh saya tu risau tak kalau orang tua anda-anda semua bersendirian di rumah? Tak tahu lah kan kalau tak de perasaan.




Dengar sini ye. Rayyan Adam ialah alasan utama mak nak duduk dengan saya. Sebelum ni bukan tak de anak lain pelawa. Mak yang tak nak. Jadinya, bila mana keadaan saya yang duduk berjauhan dengan suami dan anak, mak sanggup untuk ikut keluarga kecik saya. Anak-anak lain pun syukur mak nak ikut salah sorang anak dia.




Syukur jugak saya dapat suami yang memahami. Suami saya sangat baik menerima mak macam mak dia sendiri. Suami pun dah tak de mak. So, kesempatan ni lah yang perlu diambil untuk sama-sama berbakti dengan orang tua. 




Untuk pengetahuan juga, walau pun saya balik rumah seminggu sekali, tapi hal-hal rumah dan urusan rumah semuanya saya yang uruskan. Itu pun mak degil nak jugak memesin baju-baju kotor Rayyan Adam dan suami. Wal hal saya dah kata, biar je baju-baju kotor tu. Bukan lah kotor mana pun. Takat bau ketiak suami tu kat tempat kerja apa lah sangat.




Bab-bab mengemas memang saya larang sama sekali. Toilet pun adalah tanggungjawab saya setiap minggu. Mak hanya memasak sahaja. Itu pun bila suami dah balik kerja baru mak masak. Setakat makanan Rayyan Adam yang makan nasi lembik apa lah sangat dengan kudrat mak yang memang tak reti duduk diam.




Itu belum bab saya EL berminggu-minggu kalau mak sakit. Takkan lah saya nak ungkit bab ni. Dah memang itu tanggungjawab saya. Bila kita memang berniat baik, Tuhan pasti permudahkan jalannya walaupun nampak sukar. Sepanjang mak duduk dengan saya, apa pun perkara yang menyenangkan hati mak, saya rasa itu lah balasan yang patut saya beri. 




Dan kepada suami, terima kasih tidak terhingga kerana sudi bersama-sama menjaga mak. Saya sendiri belum tentu boleh manjadi sepertinya yang mampu menjaga mak mertua. Ye lah, saya ni mana ada mak mertua.





That's all. Tiada perkara yang membahagiakan dalam hidup seseorang andainya dia berasa nikmat nya membela kedua ibu bapa mereka.

3 comments:

Rohani Hashim said...

beb, ada org jaki lagi ker komen/ungkit pasal mak ko jaga adam???

Me, Myself and I said...

Iyer As..hanya mereka yg mengalami akan tahu kenikmatan itu..Biarlah apa orang nak kata. Yang pasti memori yang kita luangkan bersama org tua akan sentiasa terpahat dihati walaupun mereka dah takde didunia ini.

Unknown said...

hany : ramai nok. huhuhuu


kak syam : hanya kita yg mengalami tahu apa erti nya memori bersama ibu bapa kita kan kak